Mati Digilis Lori Ketika Kejar Pencuri

on 15 Mei 2012

Mati ketika kejar pencuri - Usaha dua anggota polis menangkap penjenayah yang melarikan sebuah lori muatan perabot di alor gajah berakhir dengan seorang daripada anggota polis itu mati dilanggar kenderaan tersebut. 

Dalam kejadian di kampung melekek semalam, koperal rasul tumin, mati di tempat kejadian selepas digilis lori yang mengundur selepas kenderaan itu ditinggalkan oleh penyamun di jalan yang berbukit. Ketua polis negeri, datuk chuah ghee lye berkata, “jam 6.55 pagi perisik kami menemui lori tersebut berada di daerah alor gajah. Mangsa dan rakan sekerja keluar mengesan kenderaan itu dan menemui lori tersebut di kawasan masjid tanah,” 

Menurut beliau, rasul yang menaiki kereta peronda dipandu rakan mengejar lori tersebut yang dipandu seorang lelaki yang enggan memberhentikan kenderaan tersebut. Kereta peronda polis mengejar lori itu sehingga masuk ke kawasan ladang kelapa sawit di kampung solok limau purut, melekek. 

“Ketika berada di ladang kelapa sawit itu, lori tersebut tidak mampu mendaki jalan berbukit. Suspek yang panik terus terjun dari lori itu dan meninggalkan kenderaan tersebut dipercayai tanpa brek tangan menarik sebelum menghilangkan diri,” kata beliau.

*Sumber : Kosmo
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...