Romantika night club - Celebrate kat night club tanda kesyukuran

on 25 May 2011

Night club, tempat berseronok melebihi batas yang mana dalam tu aku berani kata 70-80% ialah orang kita sendiri. Tapi paling tak boleh blah, sekarang ni (ekceli bukan sekarang, dari dulu lagi) ada je benda baik jadi depa sambut kat night club. Asal ada je benda baik jadi depa sambut kat night club. Trend ke hape?






















"Beb! Aku dengar gaji kau naik 50 sen arini?? Apa lagi.. Lu open table ar! Malam ni ladies night doh!"

"Geng geng! Gua ada good news! Tender company XXXX holdings kita dapat! Masyuk beb masyuk! Celebrate kat night club malam ni amacam geng?? Arak gua belanja!"

"Iye?? Betul ke u dapat job waiter kat kedai kari kepala ikan tu KT?? Eee bestnyeee! Malam ni celebrate laa!!"

Dah masuk night club apa lagi? Tahu-tahu jelah apa berlaku dalam tu. Dosa pedulik apa? Itu semua belakang cerita so cerita belakanglah dosa tu. Yang penting kita enjoy! Ah ye. Enjoy kepala hotak kau.

Apa rasionalnya benda baik jadi then pergi sambut kat night club? Benda baik jadi rezeki dari Allah.. Buatlah apa-apa amal ibadah yang patut sebagai tanda syukur pada yang Esa. Ini pergi sambut kat night club. Seolah-olah rezeki tu setan bagi. Duh!


*Aku baca metro semalam, pasal pramaguri 'terkena' kat night club. Sadis.. Tapi salah sendiri..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...