Romantika keadaan office - Korang boleh kerja dalam keadaan macam ni?

on 28 January 2011

Korang senang hati ke bekerja kalau keadaan office macam ni. Pulak tu kalau kerja korang jenis yang kena duk sentiasa perah otak untuk dapatkan idea. Boleh ke?


Monitor dengan keyboard rare. Ada jual lagi ke sekarang ni?

Keadaan pc

Pc stock zaman pakcik makcik kita dulu. Pc zaman-zaman cyber cafe tahun 90-an. Sejam Rm 2.50. Bapak nostalgia. Monitor stock 1-2 kilo punya. Tapi bab monitor ni kira ok lagi. Pakai windows XP pun kira ok lagi ah. Tapi kalau dah kena 'genuie' (aku tak ingat ejaan betul) macam mana? Loading lembap.. Bukak software lembap.. Bukak my computer pun keluar ikon lampu suluh. Folder pulak bersepah-sepah. Aku nak susun balik keluar mesej tetingkap "Jangan nak mandai-mandai!"  Apa cerita?

Gambar kat atas tu masa aku tengah guna photoshop. Bukak 'new' kena tunggu 1,2 minit. Bukak gambar lagi lah. Kena pulak gambar tu resolution tinggi punya. Boleh terlelap sekejap aku. 


dari mata kamera hanphone


Oi kain batik pun ada? Lain macam je

Keadaan persekitaran

Korang tengok sendiri keadaan persekitaran tempat kerja ni. Korang boleh kerja dengan senang hati macam ni? Boleh, kalau korang dah biasa. Sebab rumah korang tak berkemas. Heh. Aku bajet nak bagi sepenuh konsentrasi dengan dedikasi yang tak berbelah bahagi masa kerja tapi bila aku duduk je sini tapak kaki aku rasa berpasir. Kadang-kadang gatal. Tengok je tapak kaki, dah macam aku tak pernah pakai selipar selama 10 tahun. Hitam!

Penyapu? Boleh je sapu. Kalau aku ni cleaner office!


                                                _______________________________________

Boleh ke kerja dalam keadaan macam ni? Aduh...



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...