Published entri baru pada masa yang tepat untuk nampak smart

on 31 January 2011

"Okeh siap pun entri ni. Publish ah!" Lepas 3,4 jam tengok kat blog, tengok kat statistic, takda orang baca entri tu. Takda trafik yang masuk! What the fcuk?!

Oopp sebelum nak maki-maki atau tensyen ke apa, pernah fikir kenapa? Apa yang silap? Er tajuk entri ni panjang pulak...

                                                      ____________________________


Ni hasil dari eksperimen aku sendiri ah. Korang sebenarnya perlu rancang masa yang sesuai tiap kali nak publish entri baru. Tu lah salah 1 sebabnya blogger.com ni sediakan auto-post.

Kenapa kena rancang masa pulak? Ok dia macam ni tahu.

Korang kena tahu tak semua orang sentiasa duk mengadap blog 24 jam. Ada masa tertentu diaorang akan rehat, ada masa tertentu diaorang akan blogwalking, ada masa tertentu diaorang busy menaip entri baru.

So apa yang korang perlu buat, cuba kenal pasti bila follower-follower blog korang masuk ke blog korang. Waktu pagi/tengah hari/malam ke ... Dari pukul berapa sampai pukul berapa..

Macam mana nak kenal pasti masa yang sesuai ni?
Ok korang cuba buat 2-4 entri then korang set masa post untuk setiap entri tu. Contohnya entri pertama korang set pukul 1 tengah hari, entri kedua pulak, pukul 4 petang, entri ketiga pulak pukul 8 malam. So dari sini korang take note ah berapa ramai yang masuk ke blog korang berdasarkan dari setiap entri tu.

Contohnya macam entri yang korang tengah baca ni lah. Ni entri auto-post. Macam aku tahu-tahu jekan korang tengah baca entri ni. Sebab aku dah tahu masa trafik mula masuk kat blog aku.

Bila korang dah tahu masa yang sesuai, setiap entri yang korang post memang akan ada trafik masuk. Kalau entri tu best, kemungkinan besar diaorang confirm komen.

                                                         _____________________________


Jadi tahu dah apa silap dia? Yup sebab publish entri baru pada waktu yang tak tepat! Korang tak perlu risau lagi bab masa ni kalau dah ada ramai loyal readers. Tapi siapalah kita ni kan .. Masih merangkak lagi. So kenalah ikut masa orang, bukan ikut masa kita!
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...