Lawak pendek : Situasi kat sekolah

on 31 January 2011

Bahasa inggeris

Cikgu : Amin, apa maksud 'good morning everyone'?

Amin : Cikgu, maksud dia selamat pagi semua, cikgu

Cikgu : Betul. Ok cuba kamu tulis pulak 'selamat pagi semua' kat papan hitam dalam bahasa inggeris.

Amin : Baik cikgu.

1 minit 20 saat kemudian..

Cikgu : Eh apa yang kamu tulis ni?? Paap! (tepuk dahi)


Amin : Eh cikgu kata tulis selamat pagi dalam bahasa inggeris.. Ni inggeris lah cikgu!

Yang amin tulis kat papan hitam - Selamat pagi semua : Sir lamb mad pha-gy sir moo ar

                            
                                                      __________________________

Kempen Belia benci dadah

Cikgu : Tuan, hari ni tuan tahu kan ada event kat sekolah kita ni?

Pengetua : Ooo tahu tahu.. Kempen belia benci dadah kan?

Cikgu : Ha'ah.. Habis kenapa tuan masih duk layan facebook lagi ni? Kenapa tak turun padang sekali?

Pengetua : Dah nama pun Belia benci dadah.. Aku 50 .. Tua dah.

Cikgu : Cis! Cisss!!! (sambil tumbuk-tumbuk dinding)

   
                                                       _________________________


Sambutan hari jadi

Cikgu : Yeaa selamat hari jadi syuib! Tiup lilin tu.. Cepat cepat!

Syuib : Cikgu orang lain dah bagi hadiah dah. Cikgu seorang je tak bagi lagi ni. Mana hadiahnya cikgu? Dah gatal tapak tangan ni!

Cikgu : Oo ada ada.. Sama macam tahun lepas.

Syuib : Sama macam tahun lepas?

Cikgu : Masa tu saya tak kenal awak lagi. So takda hadiah la.

Syuib : Arghh!!!
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...