Nak salahkan hujan? Nak salahkan rahmat yang Tuhan turunkan ni?

on 31 Januari 2011

Start dari hari sabtu lepas, hujan turun tak henti-henti sampai sekarang ni. Ada beberapa tempat kat sini banjir. Sampaikan ada beberapa bank kat sini kena tutup sebab air masuk. Wah ... Tempat korang hujan tak?

Sabtu lepas Letour De Langkawi kat sini, semua penunggang basikal terpaksa selambakan diri berbasikal dalam hujan. Yang tak best, pasal hujan ni ada yang buat muka ketat aku tengok.

Sebabkan cuaca yang tak baik beberapa hari ni, kalau tak hati-hati memang kena. Maksud aku kesihatan kita, kalau tak jaga memang terjejas. Aku sebenarnya suka berada dalam zon selesa ... Tapi sekarang ni selsema plus batuk-batuk sedikit pulok. Arghh..!!

Habis nak salahkan hujan? Salahkan rahmat yang Tuhan turunkan ni?

Tak tak ... Sekurang-kurangnya bila kita dalam kesusahan contohnya tak sihat ke apa ... Barulah kita nak ingat Yang Esa kat atas tu. Bila kita senang, kita lupa dia. Bila kita susah barulah nak ingat. Bila susah, barulah nak mintak petunjuklah apa lah.. Kita lupa yang kesenangan kita ada sekarang bila-bila je boleh ditarik balik.

Sekurangnya kita patut bersyukur sebab dalam kesusahan yang dia bagi sebenarnya untuk mengingatkan kita supaya jangan lupakan dia. Kalau dibiarkannya kita jauh sesat? Hah sendiri mahu ingatlah.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...