Persepsi aku : Sahabat Blogger's Gathering

on 01 Februari 2011

Fuh bapak sejuk sini. Dah macam kat luar negar pulak. 1 badan panas!

Ok aku tak pergi gathering bloggers aritu. Tapi tak salah rasanya nak bagi pendapat. Pendapat negatif ke? Nak kutuk ke? Ush tak lah ...

Kalau korang dah terjah beberapa blog macam ben, yuyu, dengan beberapa blog lain dan baca entri diaorang pasal gathering ni, mesti korang dapat rasa 'feel' dia ... Serius aku macam ter-touching sekejap. Gembira gila tengok diaorang semua.

Rasa rugi besar tak join. Faktor jarak tak jadi masalah untuk aku tapi sebabkan aku terikat dengan komitmen kerja, aku tak dapat nak turun. Customer order banyak.. Tak menang tangan aku!

Nah sekarang siapa cakap berblogging kerja yang sia-sia? Siapa cakap hanya untuk $$ semata-mata? Siapa cakap blog sebab nak syok sendiri? Mari tunjuk jari tengah kat muka sendiri? Haha sory ar eh ... Agak kasar bahasa aku ... Sebab pernah kena dulu.

Aku suka ah dengan idea-idea macam ni. Siapa taiko dia? Adeh lupa pulak ... Tapi memang satu idea yang bijok (bijak) ah. Blogging ni bukan takat duk umah ngadap dashboard je ... Kurang-kurang dengan aktiviti macam ni, akan menjana 1 anjakan paradigma untuk bloggers yang datang hari tu ... Boleh kasi terbukak fikiran tu.

Dapat tambah kawan, tukar-tukar idea ... Bagi aku 2 benda ni paling mahal sekali.

Serius chit, it's cool! Ada peluang nanti, aku mahu turun join sekali!
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...