Lawak pendek : Situasi kedai makan

on 02 February 2011

Kueh tiaw goreng

Razi : Mamak! Kueh tiaw goreng satu! Pedas punya ar!

Mamak : Ok bos! 5 minit siap ar! Air?

Razi : Susu kambing dengan ais kosong!

Mamak : Okeh susu kambing 1 minit siap! Ais kosong lambat ar!

Razi : Ceh asal ais kosong je mesti lambat ...

20 minit kemudian...

Razi : Ish kata 5 minit siap.. Pala hotak dia.. Ni dah 20 minit...! Mamak! Mana kueh tiaw aku?!

Mamak : Ooo sory bos... Sory lambat. Ni sudah siap!

Razi : Eh mamak ... Ni bukan kueh tiaw! Ni apa pulak ada karipap, kuih udang, dengan lepat pulak ni??

Mamak : Eh betullah itu kueh tiow goreng.. Tadi saya keluar cari KUEH, saya jumpa saya TIAW... Tarak bayar punya...! Kena kejar saya tahu. Saya pusing pusing sampai itu orang takda kejar saya lagi.. Saya tengok line clear saya masuk kedai lepas tu saya GORENG la. Bukan u mahu kueh tiaw goreng ka?

Razi : Arghhh!!!

                                                    ___________________________


Salah dengar

Ni memang pengalaman aku masa kerja kedai makan dulu. Ada sorang pekerja baru ni, dia tak dapat fokus masa kerja. Sekali ada customer ni datang. Dia mintak milo ais kat pekerja baru ni. Tapi pekerja baru ni boleh pulak kata kat tukang buat air, "Milo ais goreng 1!"

Milo ais goreng? Korang pernah dengar tak? Pernah rasa tak? Kah kah kah ....


                                                   ____________________________


Tepung roti canai yang luar biasa

Customer : Bos, macam mana kau buat tepung roti canai eh?

Bos : Oh kacang je ... Mula-mula kau letak tepung dalam besen, lepas tu kau campur dengan majerin. Gaul tepung tu lepas tu ...

Ronzi : Alamak apa punya soalanlah customer ni.. Lepas gaul tepung tu mestilah dia buat bebola dari tepung tu pulak. Aduh bosan gila soalan... Tiap-tiap hari makan sini pun tak tahu? Bosan bosan! (dalam hati)

Bos : Lepas tu ... Aku pijak-pijak tepung tu then bakar dalam oven.

Ronzi : Hah?!!!
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...