Update update update..

on 02 February 2011

Burp! Kenyang .... Bukan pasal tak sarapan pagi tadi tapi dah duk terperap je dalam office dalam keadaan yang sejuk, macam mana tak lapar. Aku ni ada 1 tabiat bila duk ngadap depan lappy, mulut mesti kumat kamit mengunyah .. Kalau tak mengunyah, rokok .. Sebatang sebatang aku sebat..

Sekarang duk update kat kedai makan ni ha .. Masa tengah buat kerja tadi tiba-tiba terfikir beberapa member yang addict dengan fb. Duduk tak berganjak 4-5 jam ngadap fb. Dah macam main game online aku tengok .. Gila.

Fikir punya fikir baik ngadap blog. Bukan susah pun nak buat 1 dari blogspot ni .. Atleast dengan blog kita dapat ilmu, kawan ... Usaha sedikit, dapatlah $$.. Paling penting masa tu tak habis dengan sia-sia ...

Fb ni bagi aku bermanfaat bila kita tahu 'guna'.. Bermanfaat bila kita tahu 'kuasa' fb ni. Sekadar add, chat lepas tu offline .. Macam sia-sia je aku rasa. Dapat ilmu? Duit? Aku rasa tak ... Tapi kalau fanpage 'korek hidung dapat duit' kat fb tu memang boleh pakai, aku sanggup ngadap fb berjam-jam. Hah..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...