Cuepacs : Penjawat Awam Tak Mampu Beli Rumah

on 27 Mei 2012

Cuepacs : Penjawat awam tak mampu beli rumah sendiri? Kongres kesatuan (cuepacs) mendapati 60% penjawat awam tak mampu beli rumah sendiri. Jika pendapatan mereka bawah RM3,000 sebulan dan terutamanya jika penjawat awam tersebut tinggal di lembah klang.

Setiausaha kewangan cuepacs jaapar mansor berkata, jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu termasuk mengurangkan kadar faedah pinjaman dan menaikkan gaji kakitangan awam, keadaan ini akan berterusan. "Kadar faedah pinjaman perumahan 4 peratus yang dikenakan institusi kewangan ke atas penjawat awam pada masa ini mesti diturunkan kepada 1 peratus," katanya. Beliau tidak menolak kemungkinan penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan hanya mampu menyewa atau memiliki rumah kos rendah bertaraf Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). 

Jaapar jugak berkata, saranan supaya kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan itu adalah antara tuntutan yang pernah dikemukakan kongres itu kepada kerajaan sebelum ini. "Walaupun ia bukan tuntutan utama cuepacs namun ia akan terus diperjuangkan oleh penjawat awam melalui kongres itu," katanya. 

Kongres itu juga sedang melancarkan gerakan mengesan penjawat awam yang belum memiliki rumah di seluruh negara untuk dijadikan garis panduan untuk tindakan yang akan diambil demi kebajikan ahlinya. Sementara itu, beliau berkata, cuepacs mahu kerajaan mempercepatkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Mengkaji Skim Gaji dan Elaun Penjawat Awam seperti yang diumumkan Perdana Menteri 8 Mac lalu. 
Ranking: 5

{ 2 ulasan... read them below or add one }

rebellion berkata...

aku duk kat kampung ni payah giler nak beli rumah dengan gaji bawah 3k ni, yang kat lembah klang lagi ar


27 Mei, 2012
Tanpa Nama berkata...

bukan hanya isu gaji, kerajaan juga harus mengkaji harga rumah yang umum diketahui terlalu mahal untuk dimiliki disebabkan kontraktor2 yang tidak bertanggungjawab memanipulasikan harga rumah sewenang2nya.


13 Ogos, 2012

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...