Pelakon Lelaki Drama Komedi Popular Penipu

on 27 Mei 2012

Pelakon lelaki drama komedi popular penipu! Agak-agaknya siapalah ye pelakon lelaki penipu tu? Kita ikuti laporan dari harian metro.

pelakon lelaki drama komedi popular penipu

Kata ahmad, antara 10 mangsa tipu pelakon itu yang mendakwa tidak dibayar gaji dan imbuhan lebih RM10,000 :

“Pekerja diberi tawaran lumayan seperti rumah banglo atau kereta bawah RM100,000 jika berjaya menunjukkan prestasi cemerlang ketika bekerja,”  

“Kalau diikutkan, saya bekerja dengan syarikat milik artis itu untuk menjayakan satu festival di taiping, mac lepas. Tapi beberapa hari sebelum program bermula saya diberhentikan kerja tanpa alasan. Sepatutnya artis itu atau wakil syarikat berbincang dengan saya dulu dan menyelesaikan beberapa perkara dijanjikan seperti keuntungan yang hendak diagihkan, termasuk gaji melebihi RM10,000.” 

“Dia dibantu seorang lagi artis komedi popular tanah air. Dia jugak ada mendakwa program berkenaan mendapat tajaan ratusan ribu ringgit selain sokongan dan kerjasama sebuah kementerian. Selain tidak membayar gaji pekerja, beberapa program dijanjikan seperti konsert membabitkan artis terkemuka tanah air tak ditunaikan."

Berdasarkan laporan tu jugak, seorang rakannya yang membekalkan makanan secara katering untuk festival memancing anjuran syarikat popular artis tersebut turut menjadi mangsa apabila terpaksa melunaskan sendiri kos keseluruhan katering sebanyak RM56,000. 

“Saya harap kes ini mendapat pertimbangan sewajarnya kerana saya tidak mahu perkara sama berulang kepada orang lain. Ada antara mereka baru merasai suasana bekerja dan sudah tentu mereka mahu merasa wang gaji daripada hasil titik peluh sendiri. “Saya juga terkilan dengan sikap artis itu yang langsung tidak menjawab apabila dihubungi menerusi telefon bimbit. Kemudian seorang daripada kami bertemunya tapi dia buat tidak tahu, seolah-olah tiada apa berlaku."

"Sepatutnya sebagai majikan serta menjaga reputasi sebagai artis, dia harus mencari jalan penyelesaian sewajarnya."

Actually kalau dah tak mampu, jangan berjanji. Harapnya pelakon lelaki tu dapatlah tampil memberikan penjelasan dan langsaikan hutang-hutang beliau dengan bekas pekerjanya. 
Ranking: 5

{ 1 ulasan... read them below or add one }

Unknown berkata...

macam-2 sekarang orang ni


27 Mei, 2012

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...