Info sinopsis tentang film mael lambung. Filem yang diarahkan oleh ahmad idham ini akan menemui penonton pada 21 jun 2012. Genre cerita ini ialah aksi komedi. Yang bestnya ialah barisan pelakon dia (zizan razak, taiyudin bakar, juliana evans, shenty feliziana) pun kita dah tahu cerita ni pasti best dan mampu setanding dengan filem aksi komedi yang lain.
Sinopsis
Mael lambung merupakan seorang penarik kereta terkenal di kuala lumpur. Hidupnya mula berubah apabila bertemu dengan maria (juliana evans) yang meminta pertolongan darinya untuk menyelamatkan diri daripada penjahat. Tujuan penjahat tersebut memburu maria ialah kerana mereka mahukan mikrocip yang mana didalamnya penuh dengan maklumat tender projek kerajaan.
Usaha menyelamatkan diri membawa mereka ke terengganu yang juga kampung halaman mael. Di kampung, mael bertemu pula dengan rozie (shenthy feliziana), bekas kekasihnya yang telah bertunang dengan tiger (taiyudin bakar). Konflik mula timbul apabila tiger tidak menyenangi kepulangan mael kerana cemburu dengan hubungan antara mael dan rozie dulu.
Penjahat yang memburu maria itu akhirnya dapat menjejaki mereka di terengganu. Apakah yang akan berlaku selepas itu?
Barisan pelakon utama mael lambung : zizan raja lawak, juliana evans dan taiyudin bakar. Nantikan cerita yang dijamin buat korang gelak sampai tercirit ini di pawagam berhampiran korang!
{ 2 ulasan... read them below or add one }
wah..jadi jugak yer citer nie..hoho
"Alhamdulillah. ramai sebaya ain dah berkahwin seawal 20 tahun. Bangganya ain".
27 Mei, 2012
whoa cun ni ..mail lambong kan jadi fenomena so, tak hairanlah filem ini mungkin akan top
27 Mei, 2012
Catat Ulasan