Tablet 1Malaysia Pad

on 26 Mei 2012

Tablet 1Malaysia Pad!! Ini aku sediakan sedikit review ringkas berkenaan tablet 1malaysia pad hasil ciptaan maltechpro sdn bhd. Persoalan dia sekarang ini, mampukah produk ini menandingi tablet buatan negara luar yang sememangnya lebih maju dan lebih dipercayai oleh pencinta gadget tempatan?

tablet 1malaysia pad

Review/Spesifikasi tablet 1malaysia pad :

- Harga RM999 untuk 999 orang terawal yang membeli. 
- Lebar skrin 7 inci
- Menggunakan applikasi terkini dan dilengkapi fungsi skrin sesentuh 
- Kemudahan 1Malaysia Messenger - aplikasi seperti whatsapp dan bbm (berhubung secara percuma dengan pesanan ringkas, menghantar gambar, rakaman video dan rakaman suara). 
- Sistem operasi : Android Gingerbread 
- Kamera belakang 3.0 megapixel. 
- Kamera depan 0.3 megapixel. 
- Bateri li-polymer sebesar 4000mAH. 
- Boleh menggunakan memori tambahan (kad mikro-SD) sehingga 32GB. 
- Pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai kad diskaun siswa diberi diskaun sekiranya membeli tablet ini. 

Dari survey yang aku buat pasal produk ini, ramai kata luaran dia macam tablet produk dari china (failed!). Rasanya tablet ini mungkin sesuai untuk mereka yang tak punyai bajet lebih tapi gatal jugak nak pakai tablet. Teknologi yang ditawarkan pun aku rasa memang sesuailah dengan harga dia. Apa-apa pun sebelum beli, fikirkan tablet mana yang betul-betul sesuai dengan keperluan korang. Last sekali check poket, tepuk dada dan tanyalah selera.
Ranking: 5

{ 2 ulasan... read them below or add one }

Unknown berkata...

err..no comment ! haha .. 1malaysia


27 Mei, 2012
prof azali berkata...

Its not a good tablet..100% from China..low quality..kepada pelajar2 ku uitm..jgn beli :)


03 Jun, 2012

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...