Setakat ikhlas, jujur, i love u je mana cukup

on 21 Julai 2011





















Dah setia, dah jujur, dah sehabis ikhlas cintakan dia. Dah cuba untuk jadi sesempurna yang boleh untuk si dia. Kita rasa dah 100% complete semua. Tapi untuk maintainkan hubungan tu sampai putus nafas, cukup ke semua tu?

Hurmm kalau dari pengalaman aku, ada lagi 2 kriteria penting untuk maintainkan hubungan tu.. Yang mana aku tengok kapel2 sekarang memang abaikan faktor tu. Faktor pertama - DUIT.

Mesti ada yang fikir macam ni : 

'Eh guwa takde sen tapi guwa happy je dengan awek guwa? Apa cite?'
'Apa takde duit tak boleh bahagia ke?'
'Duit bukan segala-galanya la!!'

Bagi sesetengah kapel ni yang penting ayat power, jujur, ikhlas, sehari ucap i love u 50 kali dah cukup. Dan biasanya ni terjadi kat budak sekolah. Kebiasaanyalah.. Tapi yang dah resign jadi budak sekolah pun sometimes termasuk sekali. Hahah. Masa awal perhubungan memanglah ok je tapi lepas 1 tempoh, mesti hubungan tu bermasalah. Gentle aku cakap.

Contohnya bila takde duit macam mana nak sms, call? Nanti bila tak kontek, mulalah sebelah pihak syak bukan-bukan. Timbul segala macam persepsi. Ragu-ragu. Bila dah tak boleh kawal perasaan tu, faham-fahamlah kan apa akan jadi. Sama jugak bila nak dating dan etc.

Kedua - Common sense

Common sense ni memerlukan seseorang tu berfikir logik dan sanggup ketepikan kehendak sendiri untuk si dia. Bukan sanggup berkorban ye. Sanggup berkorban bagi aku karut. Kalau dia suruh makan taik sebagai bukti kau cinta sama dia, kau akan makan tak? Hehe..

Common sense ni lebih kurang macam memahami. Contohnya kalau si dia nak hadiah untuk birthday dia, contohnya lah.. Bila kau kata takde duit adakah si dia akan merajuk atau kata "it's ok. Hadiah tu bila-bila u ada duit nanti u belikanlah ye" ? Sama jugak dengan korang.

Kalau takde common sense ni, memang sakitlah. Nanti asyik2 nak merajuk/gaduh je. Siapa tahan? Kita kalau boleh nak relationship tu sentiasa bahgia tapi kalau sentiasa ada masalah je dalam relationship tu, confirm salah sorang akan blah.

                                                                         +++++++++

Seriously, kalau korang dengan pasangan takde 2 kriteria ni better janganlah letak harapan tinggi dengan relationship tu. Nanti kalau gagal, diri tu pulak merana. Risiko gagal memang sentiasa ada dalam relationship ni. Tapi kalau korang dengan pasangan ada 2 kriteria tu, atleast risiko gagal taklah besar. Ok? Fikirkan.
Ranking: 5

{ 3 ulasan... read them below or add one }

irfamimi berkata...

mintak izin untuk copy..letk kt my blog..bgus ha niey...bleyh dtrma paki =)


02 April, 2012
akid berkata...

@irfamimi - boleh.. amik la. tapi jangan lupa letak kredit ye.. letak url blog saya kat entri irfa :D


02 April, 2012
Tanpa Nama berkata...

Mohon share


03 November, 2012

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...