Top 10 Senarai Universiti Terbaik Di Dunia

on 07 Jun 2012

Top 10 senarai universiti terbaik di dunia! Pihak times higher education baru-baru ini mengeluarkan senarai top 10 universiti terbaik dunia. Sebenarnya pihak mereka mengeluarkan senarai top 100 tapi aku ambil 10 je sebab rasanya top 10 ni barulah yang betul-betul terbaik dan cemerlang.

universiti terbaik di dunia


















Untuk makluman, senarai kedudukan pengajian tinggi dari times higher education ini ialah salah satu rangka data dalam perbandingan prestasi universiti yang paling dihormati dan paling disebut di dunia. Tapi bukan atas faktor tu je. Antara aspek lain yang dinilai ialah pengajaran, penyelidikan, pemindahan pengetahuan dan usaha memperkembangkan taraf ipta ke luar negara. 

Senarai ini pada aku boleh dirujuk pada pelajar-pelajar yang ingin menyambung pengajian di luar negara sebab ranking kedudukan kat gambar tu menunjukkan mana satu pengajian tinggi yang berpengaruh dan cemerlang (bergantung pada course yang akan diambil bakal pelajar jugak). 

Kedudukan universiti paling cemerlang jika dilihat pada jumlah kuota ialah di UK yang mencatat kuota yang paling tinggi (145) dengan kehadiran melebihi jumlah kehadiran pelajar di universiti negara lain. University of York menduduki tempat ke-8, diikuti Lancaster University di tempat ke-9 dan University of East Anglia di tempat ke-10. 
Dua universiti dari amerika jugak berjaya mengambil tempat dalam senarai ni iaitu di tempat ke-7 university dan the university of california irvine di tempat ke-4. Korea selatan mendapat kedudukan terbaik iaitu di tempat ke-5 manakala pohang university of science and technology di tempat pertama.

Untuk ranking top 100, australia berjaya tersenarai untuk 14 institusi pengajian tinggi utama di sana iaitu queensland university of technology, macquarie university, charles darwin university dan university of south australia. Universiti Kebangsaan Malaysia berjaya mengambil tempat tapi tak silap aku nanyang technological universiti di singapura lebih bagus kedudukan dia iaitu di tempat ke 16. Rasanya malaysia dan singapura memang tengah giat bersaing untuk mendapat tempat yang terbaik dalam senarai akan datang. 

Apa-apa pun aku nasihatkan pada mereka yang bakal melanjutkan pengajian di luar negara, jangan tersilap pilih course! Sebab ini melibatkan kos yang besar jadi kalau korang nak tukar balik, mungkin tak dapat dah. Melainkan korang anak datuk lah. Fikir betul-betul ok.

*Sumber diolah semula dari : Berita Harian Online
Ranking: 5

{ 1 ulasan... read them below or add one }

Tanpa Nama berkata...

malaysia punya universiti?


07 Jun, 2012

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...