3 hari selepas masuk 2011 punya cerita

on 03 Januari 2011

Bangun awal pagi fikiran blur. Rasa macam ada tugas kena laksanakan tapi tak dapat ingat sebab kepala mamai. Tengok kalendar, dah 3 haribulan. 3 haribulan? Ow shit! Terus capai handphone call admin kolej. Admin ada call 2 minggu lepas. Depa habaq kat den praktikal mulo 17 bulan 1. Patutnya 4 bulan lepas kid dah habis study dah. Tapi gara-gara hanphone ni tak berapa nak 'jalan' masa tu, admin tak dapat call. Terus kantoi, extend sem.

Ni kiranya bangun kembali berjuang semulalah. Yang leceh bila tempat study jauh dari rumah ni, bosan yang akan melanda diri bila dalam bas nanti. Korang faham-faham jelah, naik bas aircond semulajadi ni banyak tempat berhenti. Asyik-asyik berhenti asyik-asyik berhenti. Yang buat kita panas, tak sampai 1 minit penumpang tekan loceng dah ada lagi sorang tekan loceng. Patutnya perjalanan yang makan tak sampai sejam jadi sejam lebih atau bonus tambah lagi setengah jam, jadi 2 jam terus.

                                            ________________________________________



Kalau dah bosan dalam bas tu, macam-macamlah aktiviti yang dibuat. Toleh kiri, nampak orang korek hidung then pergi jentik pulak sisa tu tanpa fikir orang sebelah. Nasib baik tak kena. Toleh kanan, nampak couple peluk-peluk. "Sayang u wangilah hari ni. Kiss skit" "Alah ayang ni..Nakal!"  Toleh depan pulak, nampak seorang nenek ni makan choki-choki. Toleh belakang, berkepul-kepul asap rokok. Tampal je sticker 'Dilarang merokok. Denda Rm2000' Tapi takda tindakan pun. Dalam banyak-banyak aktiviti dalam bas tu, merokok jugaklah yang melekat kat hati. Nak korek hidung? Hidung ni dah bersih dah. Nak peluk-peluk, kiss-kiss? Kid nak peluk kiss-kiss siapa? Choki-choki? Terlupa nak beli. Yang ada dalam kocek : cigarette. Sapu!

Sampai je melaka, ingatkan ada perubahan. Pembangunan pesat ke. Yelah dah masuk tahun 2011. Kurang-kurang adalah sedikit anjakan paradigma. Tapi yang berubah cuma dah ada tempat tunggu bas depan Utem area Hang Tuah Mall beserta publicphone disitu. Oh lagi 1, populasi awek-awek student yang makin meningkat. Menyesal tak pakai smart-smart harini. Ceh..

Kaki ni terus melangkah ke kolej. Sama jugak. Hai cosmopoint, yang berubah hanya warna dinding kat cafe je. 1 lagi kid perasan, benda ni jelah yang tak pernah berubah dari dulu : jadual exam clash. Mak aih kan dah menyusahkan student. Dah cantik dah plan nak balik kampung, nak bercuti dengan family/kawan-kawan sebab dah bajet exam habis sekian sekian haribulan. Tiba-tiba plan tergendala sebab subject clash. Mahu tak panas. Taknak buang masa, terus masuk office mintak borang praktikal dengan apa-apa yang patut. Hopefully kali ni dapatlah settlekan subjek terakhir ni. Taknak dah extend-extend.


                                           ______________________________________


Nampaknya tahun ni bukan tahun untuk bersenang-lenang. Ok tu jelah.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...