Lelaki layan jiwang tak jantan? Apasal pulak??

on 02 January 2011

Tengah-tengah duk belek folder-folder lagu, tiba-tiba terjumpa pulak lagu my all - Mariah carey. Wah macam mana lagu ni boleh ada kat folder ni? Alamak.. jatuh title 'ganas tepu' kalau member tahu ni. Actually kebanyakkan koleksi lagu dalam lappy ni semuanya lagu tak lepas masuk radio : ganas, laju dan berat. Jerit-jerit ' warghh! ' sana, ' warghh! ' sini.. Kalau lappy korang penuh dengan mp3-mp3 lagu yang top sekarang ni, lain pulak lappy kid. Sampai member-member cop kid ni telinga kuali. Tak pekak, tak sakit telinga, tak melatah dek lagu-lagu macam tu. Hehe.

Sebab dah ternampak lagu ni, kid pun play lah. Aiseh.. Korang yang pernah dengar lagu ni pun sure tahu betapa jiwangnya lirik dan muzik dia kan. Lagu dah lama, tapi feel dia tak pernah hilang. Diiring melodi lagu tu, teringat pulak kat cerita lama.. Sehat ke dia sekarang ni? Macam mana life sekarang ni? Dah berjaya ke capai cita-cita tu? Paling penting, dah dapat ke teman hidup yang sesuai?


                                  _______________________________________________


Apa kau ni.. Layan jiwang pulak. Geli lah. Tak jantanlah kau beb!

Kawan-kawan selalu cakap macam tu. Terfikir jugak kenapa. Kid simpulkan yang jiwang ni perasaan cinta, rasa ingin disayangi oleh gadis-gadis bukan muhrim. Kita tak payah tengok jauhlah. Lelaki ni.., manusia jugakkan? Tak perlulah nak geli ke, menyampah ke apa ke. Even lelaki tu tough, muka samseng, kental, keras, kasar macam mana lelaki tu pun dalam hati mesti ada taman bunga. Atau ada kebun, ladang..er, terlebih-lebih pulak. Berbalik pada cerita tadi, sebabnya lelaki pun manusia.. Dah nama manusia mestilah ada perasaan.  

Kalau dah ada perasaan memang takkan dapat larilah dari jiwang-jiwang ni.. Kita pergi ke barat, jiwang tu tetap ikut. Kita pergi ke utara, jiwang tu tetap jugak ikut. Jiwang-jiwang ni 1 perasaan yang bukan dibuat-buat. Tapi lahir sendiri. Memang dah difitrahkan manusia ni dicipta berpasangan. Kalau bukan kat dunia ni, kat syurga nanti. Nak deny jugak ke? Hehe.



                                     ______________________________________________


Lelaki layan jiwang tak jantan? Eh eh.. Bagi kid orang yang cakap macam tu cuma ego, taknak ingat pengalaman pahit, atau nak tunjuk yang single tu paling bestlah. Ni bukan pasal jantan tak jantanlah, tapi hati tu kecut yang sebenarnya.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...