Plagiat/copy paste.. Blogger baru patut baca entri ni

on 02 January 2011

Isu plagiat/copy paste ni dah lama timbul.. Sebelum kid decide nak buat blog lagi. Masa tu selalu je terbaca keluhan blogger yang entri dia di copy paste. Dari pendapat kid lah, kebanyakkan blogger memang takkan lari dari buat kerja plagiat/copy paste ni. Actuallylah, kalau nak totally cerita pasal pasal plagiat/copy paste ni susah sebab luas skopnya. Apa kid nak nyatakan kat sini, copy paste dari segi penulisan, entri.
 
Kenapa plagiat/copy paste?
Dari pengalaman, pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai, ada 2 sebab. Sebab pertama, niat sekadar nak sharing. Sebab kedua, copy paste ni kerja yang mudah. Tak perlu nak pening-pening fikir pasal idea. Nampak je blog-blog yang ada entri yang best, terus je copy sumbat dalam entri blog sendiri. Kebiasannya blogger yang buat kerja macam ni tak lain tak bukan nak cari jalan mudah untuk dapatkan trafik, malas nak perah otak.


                                       _________________________________________



Salah ke copy paste ni?
Ok korang bayangkan ada 1 entri korang ni, memang bernas idea dia. Idea yang original, unik, mantap, padat dan memang daboom. Takda blogger lain lagi yang pernah fikir. Korang ambil masa yang lama perah otak cari idea dan macam-macam halangan korang hadap semata-mata untuk siapkan 1 entri tu. Korang blogger yang pertama ada entri tu. Korang rasa happy, bangga sebab idea korang dapat dikongsikan dengan pembaca blog korang.

At the end korang dapat tahu entri terbaik korang tu di copy paste macam tu je. Pulak dah.. Tanpa izin, tanpa credit, tanpa backlink.. Blogger yang copy paste tu pulak yang dapat trafik, earning dia pulak yang makin naik. Masa tu apa korang rasa? Takkan gembira pulak? Gilo apo.. Kan dah sama macam mencuri tu. Jadi korang rasa betul ke salah ke copy paste ni?

Kalau aku tetap nak copy paste jugak?
Oklah, katakanlah kita memang takda idea langsung untuk blog kita. Dah puas fikir, tapi idea tetap tak datang. Blog pulak dah nak bersawang. Masa ni kalau tergerak hati tu nak copy paste, buatlah. TAPI, dengan cara yang betul. Tinggalkan kredit, dan backlink. Walaupun korang copy bulat-bulat, ni lagi ok lah dari tak letak kredit dengan backlink. Tujuan korang letak kredit dengan backlink ni 1 cara untuk menghargai usaha penulis asal entri tu. Bagi kid, bila dah ada kredit dengan backlink, barulah dipanggil sharing.

Actually 1 lagi masalah timbul bila apa yang nak dicopy tu, tak tahu dari mana datangnya. Apa nama blognya dan siapa penulis asal entri tu. Lagi-lagi kalau idea-idea tu banyak diambil kat forum-forum yang terkenal sekarang. Tak perlulah nak mention nama forum. Korang sendiri pun tahu. Apa yang kid boleh cadangkan, admin forum-forum elakkanlah perkongsian penulisan yang tak diketahui mana asal usul dia. Kita ni pantang kalau nampak peluang, memang kita sapu punya. Keadaan ni kid andaikan macam ni lah : Kalau ada gadis/lelaki cantik/hensem lalu sebelah korang, mustahil korang tak pandangkan?

Tak pun jangan lupa mention dari mana korang copy penulisan tu.


                                          ________________________________________


Pada pandangan kid, perkongsian tu memanglah wajar tapi kita kena tengok dan fikir perkongsian tu memang 100% jujur dan ikhlas atau perkongsian tu sekadar untuk kepentingan sendiri. Rasanya korang pun boleh tahu. Jadi sebelum orang lain meluat dengan blog kita elakkanlah dari buat kesilapan ni.

Kid pun bukannya nak mengungkit apa yang jadi kat beberapa blog sebelum ni. Masing-masing saling menghentam, masing-masing taknak mengalah. Hm yang lepas tu lepaslah. Entri ni sekadar dari luahan hati, perkongsian pendapat sebab kid pasti isu plagiat/copy paste dalam arena blogging ni tak meluas lagi penyampaian mesej dia. Entri ni ditujukan khusus kepada yang betul-betul freshie lagi dalam blogging. Harap-harapanya korang tak buatlah kesilapan ni.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...