Mudahnya nak melabel peribadi seseorang tanpa berfikir ye?

on 01 January 2011

Hye koranggggg! ( tiru cik epal ) Mampus kid nanti dicop si plagiat pendahuluan entri blog orang. Agak-agak mustahil tak label macam ni timbul nanti? Kuang kuang kuang gurau je. Hm bila dah letak jawatan sepenuhnya dalam industri pemakanan ni, barulah dapat rasa ketenangan.. Masa yang ada dapat diguna untuk buat something yang kita suka. Barulah namanya kehidupan.



                                               _____________________________________


Ni entri personal je. Hm kalau korang berdepan dengan situasi bila member nak pinjam barang-barang yang amat penting bagi korang, contohnya laptop korang.. Korang bagi tak? Tu apa yang jadi kat kid ah. Tapi bukan pasal nak pinjam laptop dengan broadband. Bila member tanya, " Boleh pinjam tak? " Tak sampai 1 saat kid kata tak boleh. Terus je suasana yang penuh dengan gelak tawa berubah jadi sunyi sepi. Tengok raut muka masing-masing pun tahu dah nak label kid ni kedekut taik hidung masam-masam manis. Terus tak bertegur sapa lagi dah. Aiseh..

Bukan taknak bagi, tapi fikir-fikirlah dulu kenapa? Barang yang nak dipinjam tu kid selalu guna.. Jadi memang tak dapatlah nak bagi. Bukan pasal harga barang tu makan ratus-ratus setiap 1 dan takda 1 pun jaminan yang diberi.. Bukan, bukan..


                                           ___________________________________________


Mudah nak melabel seseorang tu tanpa berfikir dari perspektif lain. Semua orang memang pernah kena. Sebelum menghukum tu apa kata kita beri ruang pada diri sendiri. Fikir dari perspektif yang berbeza. " kenapa orang ni macam ni macam tu ha? " Lepas tu barulah buat kesimpulan.. Kan? Bukan susah mana pun..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...