Aku bengang dengan blogger yang buat entri pasal jumlah followers

on 31 December 2010

Ternampak pulak post kat 1 ping site ni, ada seorang ahli tu bengang dengan sikap sesetengah blogger yang suka buat entri " Follower dari ___  bertambah ke  ___ " ( sila isi tempat kosong dengan jawapan sesuka hati korang ) Mungkin antara korang pun ada rasa macam tu? Bengang atau cemburu?

 
                                         ______________________________________

        
Wow wow.. Better stoplah fikir macam tu. Kenapa perlu bengang atau cemburu? Kan tu blog diaorang.   Jadi biarkanlah diaorang dengan blog diaorang. Mungkin tu salah satu cara diaorang untuk rekod prestasi blog, atau cara diaorang nak bagi kredit pada yang follow blog dia atau cara diaorang nak menyuntik semangat pada kita, sedarkan kita yang blog kita ni masih terlalu banyak kekurangan. Baik dari segi template ( rujuk entri ni : 5 perkara pasal blog yang sesiapa pun tak suka ) dengan kualiti entri blog kita.

Secara jujur, kid suka dengan entri-entri macam tu. Sebabnya? Kid dah bagitahu kat atas. Dari apa yang kid nampak dan mungkin korang pun perasan, blogger-blogger macam ni kebanyakkan tak ambil pusing pun pasal followers ni. Sebab diaorang berblogging dengan cara yang betul. Diaorang pentingkan kualiti! Diaorang pun takda nak pergi spam shoutbox mintak follow balik ke apa. ( Maaf kalau ada reader yang terasa ) 1 contoh yang patut kita fikir, fahami, dan praktikkan lagi-lagi pada yang memang betul-betul freshie lagi dalam blogging ni.


                                       _________________________________________


Kid bukan nak kutuk tuan punya badan cuma sekadar berkongsi pandangan. Tolonglah jangan rasa bengang atau cemburu atau nak giveup dari dunia blogging ni hanya kerana isu followers ni. Dari duk layan perasaan-perasaan tu, baik gunakan masa tu fikir dan baiki kekurangan pada blog kita.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...