F%$k you Liayana Fizi!

on 30 Disember 2010

Kid munculll balik! Baru je entri tadi kata 'Bye!'. Hm nama Liyana fizi ni tak asing lagi lagi peminat Estrella yang famous dengan lagu "stay" tu. Well, disebabkan dia ni yang kid rasa seorang yang tidak suka pada penindasan, dia back up gerakan anti-keganasan mak nyah. Bila ada seorang peminat ni tahu, terus kena f%$k dalam facebook. Screen shot :



sumber : ohbulan.com


Kalau korang teliti betul-betul situasi kat atas, Liayana fizi ni bukanlah nak menentang hukum agama cuma sebab dia sokong Anti keganasan Mak nyah kerana golongan ni dilayan kasar dan tidak adil oleh masyarakat. Tapi dah memang mentaliti tipikal manusia yang suka menghukum tanpa memeriksa dulu, tak pasal-pasal makan maki hamun si Liayana ni.

                        
                                           _______________________________________


Kid pun percaya setiap orang patut diberi layanan yang mesra dan adil tak kiralah siapa kita. Takda orang dalam dunia suka layanan yang tak mesra dan tak adil. Siapa suka angkat tangan? Dihina, dicaci, difitnah, maki hamun.. Betapa seksanya perasaan tu.

Kid pun bukanlah bermaksud menyokong mereka ( mak nyah ) tapi kid pun bukanlah nak menentang. Kid berada di tengah-tengah, yang percaya setiap manusia mempunyai hak untuk memilih halatuju hidup masing-masing. Positif atau negatif ke pilihan seseorang tu, tu urusan dia dengan Yang Esa. Tak perlulah kita masuk campur. Takda faedah pun, buat tambah dosa adalah. Dari kita duk mencerca, fitnah, menghukum tanpa memeriksa, baik kita fikir pasal diri sendiri dulu. Dari hujung rambut sampailah hujung kaki. Tanya diri sendiri,  " Aku ni baik sangat ke? "
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...