8.1.2011.. Masa untuk beraksi kembali!

on 29 Disember 2010

Lama jugak kid tak cerita kisah hidup kid. Actually cuma terfikir apa penerimaan pembaca pada diri kita yang kerdil ni. Tapi dari kita duk pikir sampai nak pecah kepala nak update pasal apa, baik sumbat je entri personal. Takdalah bersawang blog tu. 1 hari update, lepas tu 1 minggu terbiar. Last-last berhabuk blog tu. Pendapat kid, menulis apa orang nak baca sangat-sangatlah susah. Jadi better kita selang-selikan jenis entri. Dah nama pun personal blog, kan?

8.1.2011 tarikh untuk band kid beraksi kembali. Oh yeah! Dah berapa lama dah menyepi, lineup yang lain sibuk dengan urusan yang lain, seorang bz dengan tugas sebagai doktor yang kerja tak kira masa. Sorang lagi sibuk dengan kerja menjawap panggilan customer sambil telan maki hamun diaorang. Seorang lagi pulak, terkandas kat sini, menaip perkataan-perkataan yang korang baca ni.
                                      
                                            _____________________________


For my band mates : Bila nak henjut ni bro?? Kasik pecah itu studio jamming lepas tu cabut!


Flyers bakal kejadian

Grind damaged nama diberi. Bermuzik bukan untuk cari duit, nama, tapi atas dasar minat yang dalam dan salah 1 cara kami ber-respon dengan isu-isu kemanusiaan yang makin dilupakan manusia-manusia dek kerana tamakkan status, nama, dan macam-macam hal lagi dan cara kami berinteraksi dalam hal komuniti bawah tanah tu sendiri. - Ceh.. Macamlah korang kisah ye tak? Kuang kuang~

Sebelum ni band kid beraksi dengan band dari UK. Ni flyers :



Macam manalah tak rabun.. Dalam gelap pun balun


Menyesal tak buat muka cute masa ni!


Tahun depan kid akan tour kat Sarawak. Fuh macam manalah keadaan kat sana ye? Nanti bolehlah buat enri ala-ala macam Redmummy. Entri penuh dengan gambar je. I like!

Kid lagi suka dengan scene bawah tanah ni. Tak macam mainstream, semuanya atas dasar business je. Last-last hampir semua lagu kat mainstream ni semuanya bosan. Tak habis-habis cinta cinta cinta. Macam takda benda lain pulak nak dicerita dalam lagu. Lepas tu mengeluh, ' industri muzik kita ni dah tenat ' . Lagi 1 korang tak bosan ke weh dengar lagu yang sama je mesej dia tiap-tiap hari?


                                           _____________________________________


Ok tu je kali ni. Bye!
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...