Aku jadi bosan dalam kelas/kuliah bila..

on 29 Disember 2010

" Eh cepat-cepat! Kelas dah mula! " Nak masuk kelas punyalah bersemangat. Bila dalam kelas, jeling-jeling sedikit kawan-kawan kat kiri kanan, tak sampai setengah jam dah lari fokus, tertidur, layan mesej dengan member ( walhal member kat depan dia je ), chatting., usha gadis-gadis ala-ala japan, stylo, funky. Termasuklah tuan empunya badan ni - Kenangan semasa masih lagi menuntut ilmu kat cosmopoint. Oh yeah zaman student memang best!

Berbalik pada cerita, last-last apa pun tak dapat. Balik hostel, fikiran kosong. Kiranya memang sia-sia jelah masuk kelas masa tu. Kadang-kadang student pulak disalahkan. Kata lecturer, penumpuan tu tak konsisten. Ewah pandai-pandai je buat andaian. Banyak songeh kadang-kadang lecturer kita ni. Kid rasa diaorang lupa kot, student boleh fokus cuma cara mengajar tu kenalah betul.

                                       _____________________________________


Lecturer syok sendiri  : Ni lah yang jadi punca masalah sebenarnya. Student mestilah dengar suara lecturer supaya boleh fokus. Tapi kalau suara tu ala-ala bercakap macam dalam kelambu, hidup segan mati taknak, boleh ke student fokus? Student pun jadi boring dan apa lagi, masa untuk tidur kawan-kawan!

Lecturer yang tak tahu menerangkan : Ada pulak jenis lecturer yang baca bulat-bulat apa yang ada kat nota. Tak explain pun. Pot pet pot pet pot tak henti-henti. Warghh! Kalau tebal satu-satu bab tu sampai 29 muka surat, 29 muka surat tu jugaklah nak dihabiskan dalam masa 2 jam waktu kelas. Mak aih.. Boleh gila woh! Dah macam dengar leteran je. Sampai menguap-menguap student dibuatnya. Masa tu terus je kid tanya " Kau nak bagi ceramah ke atau nak mengajar? " Er tapi dalam hati jelah. Huhuh!

Lecturer yang sibuk belek muka atau tudung : Asyik-asyik belek muka, makeup, betul-betulkan tudung. Asyik-asyik belek muka, makeup, betul-betulkan tudung. Sampai menganggu masa mengajar. Nak adjust apa-apa yang patut biarlah kena dengan masa. At the end, student jugak yang dapat masalah sebab ilmu tak lancar penyampaian dia.

Lecturer ajar guna slideshow : Bapak ah ni lagi boring.. Student pun boleh buat sendiri lepas tu baca sekali lalu je. Tak kreatif langsung. Kadang-kadang slide tu siap ada lagu lagi. Bosan gila!

Lecturer yang tak ' lecturer ' : Korang banyangkan kalau bukan lecturer jadi lecturer. Boleh ke kita faham apa dia ajar? Ni yang berlaku kat kolej kid. Pekerja bahagian admin yang totally memang zero bab mengajar jadi tenaga pengajar sementara. Totally zero and hancur! Habis rosak! Jahanam semua!


                                        ____________________________________
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...