Aku pun nak buat entri pasal followers jugak!

on 26 Disember 2010

Followers followers.. Sesiapa yang ada blog, perkataan followers ni memang tak dapat dipisahkan. Macam korek hidung lepas tu tak basuh tangan ( perumpamaan apa ni? ). Memang tak sahlah kalau takda istilah followers ni! Lagi-lagi bila tengok blog yang melambak followers dia. Terliurlah sekejap. Then timbul pertanyaan dalam hati " Best gila ada followers ramai macam ni. Blog aku ni bila lagi? "

Bagi kid istilah followers ni bukanlah untuk tunjukkan betapa bagusnya blog kita. Tapi kelebihan bila dah ramai followers, entri-entri terbaru kita akan keluar di dashboard diaorang. Bayangkan kita ada 1000 followers, kemungkinan dari 1000 tu 500 akan terjah blog kita bila ada update baru. Jadi dari sini peluang kita untuk dapat trafik sah-sahlah tinggi. Makin ramai followers, makin sedikitlah waktu yang kita perlukan untuk blogwalking. Jadi bolehlah kita gunakan masa yang ada semaksimum yang boleh untuk penghasilan entri yang bagus atau buat benda lain selain dari blogging ke.. Kita pun ada life yang nak diuruskan betul tak?

                                           _______________________________________


3 bulan sebelum ni, banyak yang follow blog ni. Tanpa kid mintak dan kebanyakkannya tanpa blogwalking. Terima kasih banyak-banyak ya!

Ada dua sebab kita follow sesuatu blog tu. Pertama mestilah sebab korang rasa template blog tu cantik, kemas dan entri-entri kat blog tu bagus, menarik, ada pengisian biarpun entri tu hanyalah cerita personal. Kedua, korang follow sebab nak owner blog tu follow korang balik. Cara yang singkat untuk dapatkan follower tapi tak jamin boleh dapat.. Sebab yang kedua ni masalah sebenarnya. Korang follow sebab yang mana satu? Tak kisah pun sebenarnya yang mana 1 sebab korang follow satu-satu blog tu.. Tu hak korang sebagai blogger. Tapi bagi sebab yang kedua tu, kalau korang nak owner blog yang korang follow tu follow korang balik, senang je. Pastikan template korang cantik dan kemas biarlah tak capai 100% pun.. Yang penting sedap mata memandanglah. Tanpa widget yang melembapkan proses loading ke blog korang, tanpa lagu autoplay, tanpa font kejap kecil kejap besar/warna-warni. Lagi 1 korang kena titikberatkan, entri. Paaaling penting. Entri mestilah menarik atau penuh dengan info, atau ada pengisian-pengisiannya.. Kalau cerita pasal entri personal, sumbat je apa-apa yang boleh buatkan pembaca rasa tak sia-sia baca entri personal korang tu.

Lagi 1 berhentilah spam shoutbox. Spam mintak difollow balik yang tak boleh blah tu.. Macam dipaksa-paksanya kita. Kalau korang, korang suka ke dipaksa? Kita kalau buat sesuatu biarlah dari kerelaan hati betul tak? Kalau nak blog difollow balik, baca balik point-point kat atas. Jadi jangalah dikata owner blog tu sombonglah, kereklah sebab tak follow balik. Hadoi..

                                      
                                          _____________________________________


Jadi fikir-fikirkan ya. Ok tu saja kali ni. Selamat malam semua!
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...