Definisi study zaman sekarang ni hampas!

on 25 Disember 2010

Ada yang kata ulangkaji nota, ada yang kata buat latihan. dah lama fikirkan hal ni.

Bagi kid study tu bukan untuk jadi orang yang berguna tapi ilmu yang kita dapat tu something yang boleh kita gunakan untuk menghadapi keadaan kehidupan yang semakin hari semakin menghimpit.. Kita tengok jelah keadaan sekarang. Taraf hidup makin naik gara-gara harga barang naik. Bila minyak naik, harga barang yang lain pun mesti naik. Bayangkanlah harga-harga barang keperluan 5-10 tahun akan datang?
                                           ____________________________________


Berbalik pada topik, apa definisi study? Kenapa kena study? Selalu jugaklah hal ni timbul dlm benak fikiran kid. Sebab hal ni, banyak jugak kid berkorban. Kid terlepas banyak benda yang penting bagi kid. Kalau nak cerita semua banyak sangat nak taip. Semuanya semata-semata kerana study. Hmm tapi ni kira ok lagi la sebab benda ni memang asam garam hidup.

Tapi korang nak tahu? Yang paling kid ralatkan, bila hal study ni dijadikan tapak untuk sesetengah pihak bermegah-megah. Kid pening bila dengar ada pihak brceloteh pasal kepandaian anak saudara, anak jiran yang dapat banyak 'a' la, pergi sambung belajar kat luar negara la dan macam-macam lagi yang bagi kid, tak make sense lah.

Study untuk jadi seorang yang berilmu yang boleh bagi manfaat atau study sebab nak bermegah-megah depan orang lain?

Kalau objektifnya study pandai-pandai supaya boleh bermegah-megah atau supaya boleh dimegahkan, kid rela jadi bodoh. Serius.. Bagi kid, orang yang digelar 'bodoh' jauh lagi pandai and mulia dari orang yang digelar 'pandai'. Sebab kebanyakkan diaorang ni pengalaman banyak tak terkira yang boleh bagi banyak manfaat kat kita. Dan bagi kid takda cikgu/lecturer yang paling bagus sekali selain dari ' pengalaman '.

                                         ___________________________________


Letih, tensyen bila fikir pasal hal ni.. Bila sifat angkuh, bongkak menyebabkan manusia suka bezakan kedudukan, pentingkan status and macam-macam lagi. Bawa ke kubur ke kedudukan dan status tu?






Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...