Romantika artis kegemaran zaman sekolah

on 05 January 2011

Ini 2 hari lepas punya cerita. Tengah-tengah bahagia mempersosialkan diri kat gengblogger, ternampak 1 ping ni : Avri lavigne dah mati? Patutnya asap rokok hembus keluar, tapi nampak tajuk post tu terus tertelan asap. Pergh! Siapalah yang memandai keluarkan rumor macam tu. Kalau tuan empunya badan tahu papa kedana lah kau kena saman.

Aku hidup lagilah! Warghh!


























                                        ______________________________________


Teringat lagi masa sekolah dulu, masa lagu complicated tengah top, tahun 2003 tak silap. Masa tu baru form 2. Murid-murid yang lain duk sibuk dengar cikgu mengajar, kid sibuk dengar lagu-lagu dia. Ni lah bonus kalau duduk kat belakang kelas, pulak tu orang yang tinggi duduk belah depan. Memang takkan kantoi. Tak pun tegakkan buku untuk cover. Sebelah telinga sumbat earphone sebelah telinga tak. " Kid awak faham tak apa saya ajar kat depan ni? " "Faham cikgu, faham." Faham konon. Masa exam kantoi. Masa kelas sains je baru boleh fokus sebab ada subjek organ pembiakan manusia.

Siapa tak kagum beb? Perempuan boleh nyanyi, lagu sendiri yang best, tahu main gitar. Masa tu mindset kid : kalau gitar, mesti lelaki yang main. Sekali perempuan pulak main. Pergh gilo lah! Rasanya masa tu aset macam tu artis perempuan malaysia pun takda lagi. Siap sanggup ponteng sekolah semata-mata nak pergi cc nak check website dia. Objektif : Kumpul sebanyak yang boleh pic dia. Siap beli 1 kotak disket. Dalam tu ada sepuluh. Sepuluh-sepuluh disket penuh dengan gambar dia. Dah berdosa pulak kat sini. Tipu nenek kata nak guna duit tu beli buku rujukan. Brader jaga cc pun mengeleng tengok kid. "Kau ni dah kemaruk kid. Kau masuk jelah meminang minah tu. " Meminang? Gila ke hapa?

Masa ni jugaklah ramai yang nak main gitar. Kau minat ke tak, tu bukan ukuran. Yang penting nampak cool macam avril lavigne! Baik lelaki ke perempuan ke. Bila pergi town necktie dah jadi trend. Pergi jelah mana-mana. Shopping complex ke, kedai makan ke, toilet ke, mesti ada yang pakai necktie. T-shirt tu berkolar ke atau tak berkolar ke, tak kisah yang penting necktie pakai. Balun! Lagi 1 celak. Masa ni jugak ramai start pakai celak. Hahah. Seorang-seorang mata nampak besar. Fikir punya fikir, punyalah kuat pengaruh minah ni dulu.


                                              ________________________________


Tak lama lagi minah ni nak release album baru. Tak sabar jugak rasanya nak rembat 1.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...