Kalau masih takda idea jugak??

on 06 January 2011

Fikiran masih benak, letih, buntu? Dah try 10 teknik penulisan yang kid cadangkan? Masih lagi gagal dapat idea?

Kalau macam tu apa kata sumbat je entri personal? Apa-apa yang korang hadap hari ni, tulis dalam blog. Siapa kata entri personal takda orang nak baca? Paling penting bab ni, pandai-pandailah korang letak input dalam entri personal tu. Tambah je apa-apa yang boleh buat pembaca respon balik. Tak pun anggap je entri tu rekod peribadi. Manalah tahu akan datang korang nak check balik kan. "Oh masa ni lisa suriani ajak aku datelah. Boleh lupa pulak. Nasib baik aku taip kat sini peristiwa tersebut" Lebih kurang macam tulah..

                                                  _______________________________


Lagi 1 tujuan kenapa kid sarankan korang taip je entri peribadi ialah untuk rehatkan minda tu. Sebab entri personal ialah apa yang kita dah rasa sendiri. Memang tak pening kepala pun lah kalau buat entri personal ni. Melainkan kalau dah malas. Tu lantak kau lah.

Nak tulis apa yang orang nak baca, kita kena perah otak. Tapi hakikatnya, kita takkan mampu untuk kekal konsisten hasilkan entri-entri macam tu. Sebab? Otak bukan mesin. Perlukan masa untuk rehat jugak. Tu yang buat kita tensyen, fikiran letih, idea buntu sebenarnya. Bila apa yang kita suka buat jadi sesuatu yang menyusahkan, kita nak buat lagi ke? Kalau buat pun tak letak 100% effort. Jadi seimbangkan.

Takpun jangan update. Biasanya kalau paksa-paksa diri update blog, memang merapu hasil dia. Jadi kalau tak dapat apa-apa yang menarik yang boleh diguna untuk update nanti, janganlah pergi update. Buang masa.

 
                                                ______________________________


(195 patah perkataan =p)
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...