Romantika gitar, aku dan kau

on 11 Januari 2011

Kalau takda minah ni, jangan harap kid ada minat dengan gitar. Dia ni kiranya influenced terawal lah budak-budak kat sini. Selalu lelaki dengan gitar, ni perempuan dengan gitar. Mahu tak tercabar. Lelaki poyo biasanya camni. Hahah.

Tapi oklah dari buat benda tak berfaedah macam merempit ke, layan ganja ke. Baik lepak rumah, ajak member sekali then melalaklah kau dengan gitar tu. "Kiddd..! Kau dah sembahyang ke belumm..? Main gitar jelah kerja kau! Aku hempuk nanti gitar tu kat kepala kau!" Ok perangai leka macam ni jangan ikut. Nak main tu tak salah tapi jangan lupa tanggungjawap.





                                                   ____________________________


Teringat dulu masa zero lagi bab gitar ni. 1 hari tu nafsu dah tak boleh tahan, kid korek ah duit biasiswa beli gitar kapok. Tapi masa tu nenek tak support ah minat yang murni ni. Kalau cakap guna duit biasiswa lagi lah melenting dia. Mahu kena campak kat sungai sebelah rumah ni. Fikir-fikir punya fikir nak bagi alasan apa, datang 1 idea ni. Cantek!

Dulu kid pernah join 1 peraduan ni. Main teka-teka dapat hadiah. So guna ah alasan menang peraduan teka berapa biji kacang dalam botol. "Kid teka tepat nek..! Semua sekali ada 300 biji kacang. Tak lebih tak kurang! Jadi dapatlah gitar ni! Hebat? Of course!" dengan hidung kembang ku berkata. Mati-mati nenek percaya. Bapak berdosa aku ni.

Minat punya pasal beb.. Sanggup tanggung dosa. Huhuh. Kalau korang tengok, kalau somebody tu minat sesuatu tu, mesti dia rela buat apa je untuk minat tu. Tapi kalau ada yang suruh terjun bangunan janganlah buat. Tu bongok namo eh.

Masa mula-mula main gitar, tak sentuh langsung bab kord ni. Petik tali nombor 5 dengan 6 je. Kejadah apa main gitar petik 2 tali je? Asal keluar bunyi pun dah cukup bangga dan riak dah. Dah rasa diri tu terer dah. Sekali member tanya "Lu main kord apa tu bro? Lain macam je guwa tengok?" Sebab dah cuak kid cakap je "Ni namanya kord kangkang bro!" Terus kena gelak berdekah-dekah. Cilaka.

Yang pelik bila fikir-fikir balik, dengan pengetahuan yang memang kosong bab gitar ni pun kid boleh lepas buat persembahan masa english day kat sekolah dulu. Main 2 tali je. Jadi apa yang cikgu-cikgu dengan murid-murid layan masa tu? Kesimpulannya dua-dua pihak sengal!


                                                 ______________________________


"Kau nak tahu, awek-awek suka lelaki yang tahu main gitar!" Bukan kid kata, member yang kata. Entah ye ke tidak. 1 hari tu jalan-jalan kat town nak cari jodoh. Maklumah muka biasa tak seberapa ni mana ada jodoh turun dari langit. Sekali nampak 1 brader ni busking. Punyalah ramai aweks-aweks tengok sambil gigit jari plus senyum bajet sweet lah. Dari senyuman tu macam menggambarkan " Wah abang ni cool lah!" Guwa dah panas. Darah dah mendidih. Habis je 1 lagu, menjerit-jerit macam jumpa artis favourite pulak aweks-aweks tu. Menjerit-jerit suruh nyanyi lagu lain pulak.

Cilaka ni sudah lebih. Maruah guwa serius tercabar beb.

Masa tu terfikir nak ubah penampilan. Ok apa kita bayangkan : kid bela rambut panjang macam Slash, pakai seluar panjang ketat berkilat, pakai baju nampak ketiak. Then bawak kipas berdiri tu sekali. Kiranya masa main gitar nanti, on kipas tu nak bagi rambut panjang kid melayang-melayang. Kira macam efek lah.





Ok. Memang tak boleh blah. Tak jadi ah.


                                                   ______________________________


Ada jugak niat dalam hati, kalau kid boleh pergi jauh ah dengan minat ni, nak je buat 1 concert amal. Hasil kutipan tiket 60% akan disedekahkan kat mangsa-mangsa perang luar negara nun. Ok lah kan? Serius sedih beb bila fikirkan mangsa-mangsa perang ni. Lagipun duit banyak-banyak sangat nak buat apa. Bukan ada shopping mall, 7-eleven pun dalam kubur.

Tapi nak kena team-up ah dengan artis top. Suara den tak sodap. Dalam bab ni, ingat nak berkelaborasi dengan yunalah. Semua suka suara dia. Ni ha, dah siapkan flyers sekali. Kah kah.



Flyers macam ni punya teruk design. Sori panjang. Guna pic kau sat.


                                         
                                                       _____________________________


Oklah sampai sini dulu. Mandi dulu eh. Busyuk je ni.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...