Segarkan balik fikiran lepas dah penat blogging

on 11 Januari 2011

1 hari update sampai 2,3 entri. Brain storming gila-gila punya. Paling busuk pun 1 hari 1 entri. Tapi memang puas ah duk fikir idea. Penat dah! Fikiran letih! : Confirm ramai pernah rasa macam ni. Puas kita fikir idea akhirnya dapat jugak. Blog pun dah update. Tapi lepas tu nak cari idea baru tak dapat. Sebab fikiran jadi benak letih. Nak mengadap blog pun malas dah.

Rilek jangan tensyen. Kid nasihatkan korang jangan layan rasa letih tu. Bila kita layan yang buat kita bertambah-tambah letih, bertambah-tambah malas.

Segarkan balik or rehatkan fikiran ni penting. Penting bagi sesiapa yang update entri sekali sehari or suka update 2,3 entri atau lebih dalam 1 hari. Kenapa penting? Sebab nak memudahkan kita cari idea baru. Jadi sini kid ada listkan beberapa cara untuk kita segarkan fikiran kita balik. Kid selalu buat macam kat bawah ni. Manalah tahu berkesan untuk korang jugak.

  • Jangan fikir blog 24 jam : Ni perkara paling simple tapi susah nak buat. Haha. Biasanya lepas update kita akan fikir "Macam mana dengan entri baru aku?" "Pembaca suka ke?Aiseh risau aku!". Lepas dah post tu, apa yang kita perlu buat ialah rilek je. Rilek tenangkan fikiran.. Nak dikejar-kejarkan sangat pun tak boleh. Nanti kepala kita yang benak, sesak! Kid selalu guna cara ni lepas dah update blog. Sebab bila fikiran kita dah tenang, idea lagi senang masuk.  
  • Buat something yang jarang/tak pernah kita buat : Ok ni serius memang dapat refresh balik fikiran kita. Buat something yang jarang/tak pernah korang buat macam jogging ke, berkebun ke. Ini sekadar contoh jelah tapi guwa tahu korang memang tak pernah buat.Haha. Cuba korang cari aktiviti yang jarang/tak pernah korang buat. Cara ni memang terbukti berkesan untuk tenangkan balik fikiran yang letih lesu tu.
  • Luangkan masa dengan family : Asyik blogging macam tak ingat dunia. Family pun kita tolak ketepi. Apa kata lepas dah update blog, korang lepak dengan family pulak. " Azman sinila lepak berborak dengan mama! Gosip-gosip, mengumpat sedikit ke.. Dosa dah dapat 1 bakul apa salahnya tambah lagi 1 bakul?" "Ala taknak la ma! Man nak ngadap blog ni. Takda masalah nak berborak dengan mama!" Kesian kat orang tua kita. Korang tak rasa ke dek kerana blogging tak habis-habis, kita dah tolak ketepi family kita? Ok memang kita tiap-tiap hari mengadap muka diaorang, tapi diaorang ni, nak 1 waktu yang mana hanya korang dengan diaorang je. Waktu yang..., merapatkan lagilah hubungan kekeluargaan tu. Ceh skema pulak. Tak rugi beb tinggalkan sekejap blog tu. Boleh rehatkan minda sekejap kan? Mana tahu tengah borak-borak dapat idea baru?
  • Lepak dengan member : Ni pun 1 hal. Kalau dah berjam-jam mengadap blog, ada ke masa nak lepak dengan member? Tak! So apa kata spend time masa korang dengan member? Borak-borak kat mamak ke, shopping dengan member ke. Fikiran kita pun tenang, happy. Kalau dapat pulak lepak dengan member yang ada sense of humor/suka buat lawak, lagi bertambah happy kita. Hilang segala tekanan, fikiran letih dek kerana blogging.
  • Tengok video kat youtube : Ni memang sesuai kalau korang taknak jugak berganjak depan pc/lappy tu. Cara paling simple untuk korang ialah tengok video lawak kat youtube. Berjuta-juta video lawak ada dalam tu. Taip je lawak/funny keluar berjuta-juta result. Tapi jangan ler taip "porn" ke apa. Memang sampai kiamat pun takkan jumpa. Lagipun tu bukan rilekkan fikiran, tapi tambah dosa!
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...