Masa untuk menjadi kuli hampir tiba

on 13 Januari 2011

Dapat 1 call hari ni :


Awek  : Hello ni muhammad akid ke?
Kid     : Er ye i la ni. Siapa kat sana ye? Sweet je suara dia? (tanya balik dengan penuh kejantanan)
Awek : Erm..(mula blushing)  Haritu awak ada apply praktikal kat Omila Advertising kan? Permohonan awak diterima tahu..
Kid     : Oh ye ke? Syukur! Masuk pukul berapa? Pakaian?
Awek  : Masuk pukul 9 pagi. Takda protokol pakaian.. Erm dengar suara garau semacam je.. I like! Macam Bruce Bilis. Mesti u ni macho penuh maskulin..
Kid     : Eh tak lah.. Tu orang yang kata i macam tu..

Settle dah. Syukur sangat-sangat. Tak payah risau lagi. Serius sebelum permohonan kid diterima ada jugak terfikir kalau-kalau kena extend semester lagi. Mana taknya. Mohon last minute.. Lagi 6 hari praktikal nak start baru nak pergi mohon. Gila.

                                                 _________________________________


Lepas dah pencen dari industri pemakanan, sekarang ni masuk bertugas sebagai graphic designer plus pencacai buat kerja yang takda kena mengena dengan course. Harap-haraplah yang Esa kat atas bagi kid kesabaran yang tebal (apa aku melalut ni?)

1 lah yang tak best bila jadi kuli, bila mereka yang berpangkat 'jeneral' suruh buat itu buat ini. Suruh kita buat benda yang takda kena mengena dengan apa yang kita tahu. Memang langsi.. Ingat lagi masa jadi waiter dulu, kerja kid ambil order tiba-tiba pulak kena pergi beli surat khabar. Masebaii... Sekarang nak kena bertungkus lumus rujuk balik tutorial-tutorial photoshop dengan illustrator. Sejak extend 4 bulan lepas, kid dah tak sentuh dah menatang ni. Berhabuk dah.

"Kid kat mana letaknya effect 'artistic' kat photoshop?" Sumpah guwa tak ingat.

Harap-haraplah boleh bagi fokus yang takda tandingannya masa praktikal nanti. Masa kerja memang fokus kena tinggi. Silap sedikit, kau boleh buat syarikat tu hilang $$, hilang client.. Masa kid kerja dulu, ada seorang pekerja ni pergi order milo ais goreng. Kejadah apa milo ais goreng? Boleh goreng ke? Lepas tu nak letak ais pulak. So terbukti fokus tu penting.

Lagi 1 kena curi-curi masa fikir idea untuk blog. Next week dah tak free lagi macam sekarang. So kena bijak mencuri peluang yang ada. Haihh bertambah lagi 1 misi.

                                           ______________________________________


Mula fikir nak apply kat melaka, tapi tak jadilah sebab banyak faktor menghalang. Baru ingat nak lepak dengan afiqbukhari. Sini boring. Takda blogger.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...