Artis K-pop Hari Belia 2012 Kerajaan Bayar RM2.04 Juta

on 01 Jun 2012

Kerajaan bayar RM2.04 juta artis k-pop hari belia 2012? Betulkah konsert k-pop hari belia 2012 kerajaan bayar RM2.04 juta? Berdasarkan sumber, roti kaya, khabar ini mula disebarkan dibeberapa blog politik. Agak terkejut jugak aku bila tengok jumlah bayaran tu. Gila banyak. 


Sebelum ni keadaan agak panas sekejap bila pembatalan cerama ustaz azhar idrus dikaitkan dengan konsert k-pop ni. Apa-apa pun, yang menarik perhatian aku ialah dua dokumen tuntutan kat bawah. Kat situ jelas menunjukkan amaun yang perlu dibayar sebab bawa masuk artis k-pop ialah sebanyak RM2.04 juta. RM1.8 juta pulak ialah bayaran untuk artis tempatan. Total menjemput artis tempatan dan luar negara SAHAJA dah mencecah RM3.84 juta.

Tapi aku suggest jangan percaya secara total dengan dua dokumen tuntutan perbelanjaan kat bawah ni. Sebab mungkin ini hasil kerja pihak-pihak yang tertentu yang mempunyai kepentingan sendiri dan dokumen kat bawah terlalu 'biasa' untuk event besar-besaran dengan jumlah bayaran yang mencapai jutaan ringgit. 



Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...