Bekas Ratu Cantik Negara Kemalangan

on 29 Mei 2012

Bekas ratu cantik negara kemalangan! Ikuti laporan tentang lina teoh, bekas ratu cantik negara yang kemalangan baru-baru ini. Kejadian berlaku apabila sebuah motor merempuh keretanya di jalan kuching berhampiran bulatan jalan duta jam 10.30 pagi pada hari isnin. Untuk makluman korang, dia bukan je terlibat dengan kemalangan, tapi diugut sekali.

lina teoh kemalangan

Kata lina di mstar :

Saya menghentikan kereta dengan serta merta di bahu jalan untuk memeriksa penunggang motosikal itu. Dia kemudiannya bangkit dan menjerit ke arah saya. Dia meminta RM300 daripada saya di atas kerosakan motosikal dan untuk bil perubatan.

Apabila saya berbincang dengan penunggang motosikal itu, seorang lelaki datang dan memberitahu jika saya tidak membuat apa-apa kesalahan maka saya tidak perlu membayar pampasan dan segera beredar. Saya mendengar nasihatnya dan masuk semula ke dalam kereta apabila lelaki itu mengekori saya dan meminta nombor telefon dan alamat tempat tinggal saya. 

Dia yang berada dalam ketakutan berjaya menutup pintu keretanya dan beredar dengan segera tetapi terperangkap dalam kesesakan lalu lintas berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). 

Pada waktu itu, lelaki tersebut meletakkan motosikalnya di hadapan kereta saya sambil menjerit dan bertindak memukul dan cuba memecahkan tingkap kereta saya. 

Saya menurunkan tingkap dan mencampakkan duit untuk mengalih perhatiannya tetapi dia mengambil rantai besi dan memukul belakang kereta sebaik saya beredar. Beberapa rakan saya percaya ia dilakukan oleh sindiket yang cuba menakut-nakutkan golongan wanita untuk mendapatkan wang dengan mudah. 

 Saya berharap agar polis akan meningkatkan pengawasan di kawasan tersebut untuk membanteras insiden seperti ini tidak berulang lagi. 


Adakah perempuan mangsa mudah untuk dapatkan duit? Kalau betul, ini memang masalah serius dan pihak berkuasa kenalah buat sesuatu. Tak boleh dibiarkan je hal ni.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...