RM300,000 Gaji Nazmi Faiz Sebulan??

on 29 Mei 2012

Rm300,000 gaji nazmi faiz sebulan?? Betul ke khabar dari sinar harian gaji nazmi faiz sc beira mar rm300,000 sebulan? Ternyata jumlah bayaran yang diterima nazmi jauh lebih banyak dari jumlah bayaran yang diterima safee sali iaitu rm118,000. Kalau betullah khabar tu, ini bermakna nazmi antara pemain bola sepak termuda malaysia yang berstatu jutawan selain safee sali. woot!

gaji nazmi faiz sc beira mar

Walaupun belum usia nazmi belum mencecah 20 tahun, tapi bakat nazmi berjaya menarik perhatian pihak sc beira mar kelab bola sepak portugal yang akhirnya dia berjaya melepasi sesi ujian pemilihan dan seterusnya mengikat kontrak untuk bermain bersama pasukan portugal selama 3 tahun. Tempoh kontrak 3 tahun, gaji pulak RM300 ribu sebulan.. Fuhh! Memang kaya! Boleh total sendiri beb!

Tapi ejen beliau, marco guimaraes mengakui jumlah yang diterima nazmi memang lumayan untuk seorang pemain muda dari Asia Tenggara tetapi dia enggan mendedahkan jumlah sebenar. Nazmi sendiri pun senyap pasal bayaran ni. Tapi orang kata senyap tu tandanya iya. Kalau jumlah bayaran yang diramal sinar harian tu salah pun, aku tetap percaya bayaran yang dia terima tetap masyuk!
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...