Fenomena Hujan Batu Di Jertih Terengganu

on 05 Ogos 2012

Penduduk di jertih terengganu terkejut dengan fenomena hujan air batu yang berlaku di kawasan mereka beberapa hari lalu. Antara kawasan yang mengalami fenomena ini ialah seberang jertih, balik bukit, padang luas, bandar jertih dan beberapa kampung lain. 

fenomena hujan air batu

Pada mulanya keadaan mendung dan dijangka akan turun hujan yang biasa tapi keadaan mendung bertukar ke ribut kencang dan turunnya hujan air batu. Salah seorang saksi berkata hujan air batu ini berlaku dalam jangka masa 15 minit. 


Seorang lagi saksi yang merupakan peniaga barangan elektrik di bandar jertih pula mendakwa satu ais batu sebesar batu bata jatuh di jalan raya berhampiran kedainya ketika fenomena hujan air batu ini berlaku. 

Tiada kemalangan dan kecerderaan dilaporkan dalam kejadian ini. Bagi penduduk jertih, kejadian ini ialah bencana paling teruk pernah berlaku tahun ini dan ia menimbulkan pelbagai persoalan dari kalangan penduduk di sana. 
Ranking: 5

{ 1 ulasan... read them below or add one }

Kepakaran berkata...

wow, batu betul ker, ke kapal terbang bawa air bocor. hehe ;)


05 Ogos, 2012

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...