Kemaruk Seks, Abang Rogol Adik Sendiri

on 16 Mei 2012

Kemaruk seks, abang sanggup rogol adik sendiri - Seorang lelaki selaku seorang abang sanggup melompat masuk ke dalam bilik air dan menarik keluar adik perempuannya yang berusia 17 tahun sebelum merogol mangsa di taman dato senu, di sini semalam. 

Lelaki berkenaan yang pernah cuba untuk merogol mangsa beberapa kali sebelum ini dilaporkan masuk ke dalam rumah ketika mangsa berseorangan dalam rumah. Pihak polis berkata, sebaik nampak abangnya masuk ke dalam rumah, mangsa yang ketakutan menyembunyikan diri dalam bilik air bagaimanapun lelaki berkenaan yang nampak mangsa melarikan diri memanjat perabot di dalam rumah untuk mengintai mangsa. 

Selepas memaksa mangsa untuk membuka pintu tetapi gagal, lelaki berkenaan memanjat dan melompat masuk ke dalam bilik air sebelum menarik keluar mangsa.Kemudian mangsa dicabul abangnya selain pakaiannya cuba ditanggalkan namun akibat mangsa melawan, lelaki itu menolak ke atas katil,” katanya. 

Selepas itu, lelaki berkenaan dengan ganas menanggalkan pakaian mangsa sebelum merogolnya dan meninggalkan mangsa bersendirian di rumah.

Sumber : Hmetro

*Inilah yang jadi bila nafsu menguasai diri. Lupa terus apa agama kita. Minta disimpanglah kejadian macam ni dari berlaku pada family aku dan family korang semua.

Ranking: 5

{ 2 ulasan... read them below or add one }

hana berkata...

gile betol,...
abg pe mcm tu..
patut jage adik ni wat gitu lak..


16 Mei, 2012
bella hamzah berkata...

kasihan adik dia,kejam betul abang dia kalo bella jadi dia,bella da lari rumah da.


17 Mei, 2012

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...