15 jenis makanan dilarang jual

on 24 April 2011

15 jenis makanan dan minuman dilarang jual di kantin sekolah bagi menjamin kesihatan murid selain mengelakkan berlakunya masalah obesiti di kalangan mereka.

"Antara 15 jenis makananan tersebut adalah mee segera, gula-gula dan coklat, konfeksi ais dan aiskrim, makanan ringan yang berperisa dan mempunyai pewarna tiruan serta makanan yang diproses seperti daging burger, sosej dan nuget" kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Menurut Rosnah, jenis minuman yang dilarang pula adalah minuman yang mengandungi alkohol, teh dan kopi, minuman berkarbonat, minuman yang mempunyai bahan pewarna serta minuman berperisa kecuali susu berperisa.

Tambahan 5 jenis makanan dilarang jual adalah makanan ringan yang berupa mainan, semua makanan yang disertakan dengan permainan, makanan jeruk, makanan dan minuman yang melepasi tarikh luput serta semua jenis makanan dan minuman yang melanggar Peraturan Makanan 1985.

Sumber rujuk : Metro
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...