isu mengkritik dan penutup

on 01 March 2011

Baru-baru ni arena blogging panas dek isu vlog. Panas sebab kritikan yang melebihi norma batas penerimaan individu.. Siapa-siapa yang buat vlog memang terasa ar..

Kritikan tu perlu untuk improve dari kesilapan tapi kena ingat, kritikan yang melebihi batas penerimaan takda seorang pun suka. Aku bukan nak backup ke apa, tapi kalau kita yang berada di tempat mangsa, dapat ke kita terima kritikan macam tu? Cuba fikir tang tu. Common sense je sebenarnya benda ni.. Tak perlu pening-pening kepala fikir pun.

Bukan takat isu vlog je, yang aku nampak pantang betul bila tengok orang naik.. Mesti segala macam kritikan timbul. Kritik benda-benda yang tak relevan. Merepek-repek je. Apa lah... Teringat aku entri dari seorang blogger ni : You can never please everybody. Betul.. Memang betul.

Baru je tadi aku merayau sekejap ke beberapa blog, ada yang sudah memaafkan.. Baguslah. Blogging ni sepatutnya jadi sesuatu yang menyeronokkan. Definisi blog tu sendiri : info dan untuk berhibur dah jelas menunjukkan apa yang patut kita buat dengan blog. Bukan tempat melepaskan kebencian atau rasa tak puas hati. Harap-harap lepas ni tak timbul lagi hal macam ni.Serius it's not fun.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...