Berapa ramai yang balas jasa pembaca blog masing-masing?

on 19 Disember 2010

Arghh tensyen, tensyen.. Dalam keadaan macam ni pun kena kerja.. Kid tak berapa sehat sebenarnya.. Nak kata demam, tak pun, tapi badan rasa tak sedap. Hidung pun rasa pedih. Buat kid terfikir, segala kesenangan tak kiralah dari segi apa pun yang allah bagi bila-bila je dia boleh tarik balik. Pernah tak kita bersyukur semasa kita berada di atas? Hah jadi bersyukurlah dan selalu-selalulah ingat yang beri kita kesenangan tu.

Ok tutup mukadimah. Sekarang kita jalan terus dan don't belok-belok. Entri korang sentiasa dapat feedback, even korang post entri kosong yang memang personal ah keseluruhan dia, tetap ada feedback. Trafik tetap masuk. Ramai yang like entri korang. Pernah tak terfikir asyik-asyik trafik je yang berbudi kat korang, korang bila pulak? Kalau kena cop pentingkan diri korang tak kisah ke?

Jadi sekarang ni, berapa ramai blogger yang balas jasa pembaca blog sendiri?


                                   _________________________________________


Cara nak balas jasa pembaca blog sendiri ni banyak. Kid listkan 3 cara mudah untuk balas jasa pembaca blog :
  • Balas komen : Balas komen diaorang balik. Rata-rata pengkomen ni, suka baca balik entri dia dah komen. Ada 2 sebab kat sini, nak tengok feedback pembaca lain atau nak tengok feedback dari penulis tu sendiri. Ini bukan auta. Ini fakta. Jadi sebelum blogger lain cop korang sombong, better korang bertindak. Cuba fikir, korang suka ke dengan orang yang sombong? Tak kan..
  • Pasang commentluv : Benda ni terpulang sebenarnya. Ada yang suka comment form jenis blogspot, ada yang tak. Kid suka commentluv ni sebab, bila ada pembaca yang komen entri kid, secara automatiknya commentluv ni akan letakkan link entri baru pembaca tu. Inilah backlink. Jadi dari sini pun kid dah balas jasa diaorang sebab izinkan diaorang tinggalkan link kat blog kid ni. Senanglah kid nak terjah balik blog diaorang, baca dan komen entri-entri baru di blog diaorang.
  • Terjah balik : Terjah balik blog pembaca entri korang. Even kalau takda apa yang nak dikomen, tinggalkanlah jejak kat shoutbox ke. Atleast korang dah bantu diaorang upkan trafik blog. Tak susah pun kan? Takda masa? Alasan paling mengarut tu. Spent time dalam 5-10 minit je. Bukan lama pun.
                                              _____________________________________


Baru je tadi kid terjah balik entri-entri lama kid. Check balik komen satu per satu, balas mana-mana yang patut, dan terjah blog diaorang.. Kalau korang betul-betul takda masa atau ada masalah dengan connection macam kid ke, korang buatlah perlahan-lahan.. Macam hari ni, korang terjah balik 2,3 blog, esok pulak 2,3 blog lagi. Taklah leceh mana pun. Lagi 1, boleh rehatkan fikiran sekejap kalau kita dah penat buat entri baru. Kiranya macam waktu rehatlah. Mana tahu, dari blog-blog kita terjah tu, kita boleh dapat idea untuk entri baru nanti? kan kan? Tak mustahil apa..

Manalah tahu pembaca tu struggle nak view blog kita kalau-kalau loding lembap, widget berterabur, siap lagu autoplay. Penat-penat pembaca tu mengharungi semua dugaan tu, lepas tu diaorang luangkan masa baca entri kita, siap tinggal komen lagi. Hidup ni tentang memberi menerima, menerima dan memberi balik. Tanpa pembaca siapalah kita kan? Jadi hargailah diaorang.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...