Zaman makin maju makin tak berakal pulak manusia ni!

on 18 Disember 2010

Patutnya zaman dah makin maju, makin berakal lah manusia ni. Kid pun tak faham kenapa wujud manusia yang cetek fikiran macam ni sekarang ni. Nak kata bangang nanti marah pulak. Rasa bengang tu memang meluap-luap bila baca Kosmo paper hari ni. Tajuknya :



Remaja perempuan koma ditikam 19 kali, disimbah asid gara-gara cemburu


                                           ___________________________________



1 lagi perangai hampas orang sekarang. Suka sangat menghukum tanpa berfikir panjang.. Wajar ke tak sebelum buat sesuatu tu. Kemana perginya akal fikiran?

Orang dah tak suka, angkat kakilah. Tinggalkan terus, jangan toleh-toleh lagi. Cinta tak boleh dipaksa. Perit untuk ditelan tapi ni kenyataan.. Sanggup lelaki tu perlakukan perempuan tu sampai macam ni sekali? Bapak kejam kau ni.. Dahlah kita tak habis-habis berdepan dengan kes buang bayi, bunuh sana sini..Kita dalam zaman jahilliah lagi ke sekarang ni?


                                        ___________________________________


Sekarang ni meringkuklah kau dalam penjara dan terimalah hukuman yang akan dijatuhkan. Padan muka kau!
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...