Tips sebelum beli servis connection internet

on 18 Disember 2010

Hm esok 18 haribulan.. Seperti yang dikatakan gadis customer service celcom, broadband-broadband area tampin negeri sembilan bandwith-nya akan di renew balik. Jadi speed akan kembali macam biasalah. Dah lama kid tunggu tarikh ni. Disebabkan prestasi broadband yang agak lemap ( semut pun jalan lagi laju ), terganggu habis kid nak buat mass-blogwalking dan balas jejak. Maaf kawan-kawan semua. Kid akan terjah balik blog korang esok.
                                                 __________________________________


Kalau nak beli satu connection internet, korang kena pastikan dulu tahap penggunaan korang. Berapa lama korang online dalam 1 hari dan adakah korang kaki download. Lepas tu barulah decide nak beli servis connection yang macam mana. Buat survey dulu dari member-member atau google maklumat yang perlu. Kalau tak, jadilah korang macam kid. Bandwith cuma 3Gb je tapi hentam guna tanpa belas kasihan macamlah bandwith tu 50Gb. Tak sampai setengah bulan pun dah habis bandwith tu.

Kalau berdasarkan dari pengalaman kid, broadband 3Gb ni memang tak cukup untuk aktiviti blog kita. Dan penyumbang utama bandwith cepat habis ialah blogwalking. Blogwalking dalam 10 blog kira ok lagi tapi kalau 40-50 blog 1 hari? Memang cepat habis bandwith tu. So, manalah tahu kalau-kalau korang nak beli broadband, elakkanlah beli broadband yang ciput bandwithnya. Kalau korang memang mampu, beli yang besar bandwith dia. Biarlah mahal sedikit yang penting berbaloi.

                                                 __________________________________


Dah renew balik esok, bolehlah kid tarik nafas lega buat sementara. Nak blogwalking, surfing dah tak jadi masalah lagi. Oh ada lagi 1 masalah : hujan! Ah broadband memang hampas..
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...