_______________________________________________
Berbalik pada topik. Wah, baru je nak rehat sekejap, dah disuruh buat itu, buat ini. Kerja kita belum siap, dah disuruh pulak buat kerja lain. Bila bos tengok ada kerja tak siap, kita balik dipaksa dengar 'ceramah' percuma eksklusif untuk kita. Bekerja macam robot! Dikerah habis-habisan tanpa belas kasihan. Masa kita jadi terhad. Nak buat apa yang disukai sangat-sangat jarang dapat kita buat sekarang ni. Lagi teruk, mintak cuti pun tak dapat?
Baru je ingat nak stay up sebab nak tengok bola dengan kawan-kawan kat mamak, tapi tengok jam dah pukul 1.30 pagi, dengan berat hati dan muka tensyen, paksa diri sendiri balik ke rumah. Nak enjoy macam dulu-dulu pun dah susah. Kawan-kawan ajak shopping, kita pulak tengah sibuk bekerja. Kawan-kawan pergi melancong, kita sibuk bekerja. At the end kita terfikir " aku ni bekerja atau jadi hamba? "
Bagi yang bekerja makan gaji, nilah yang kita hadapi. Kalau dalam hal kid yang bekerja dalam sektor pemakanan, benda nilah punca kemalasan dan tekanan. Kita bukan orang jepun, yang terkenal dengan kekentalan dan kegilaan dari banyak aspek. Diaorang ni memang kental dan hati kering..Salah 1 contohnya : semata-mata nak dapatkan duit, sanggup makan tahi. Bangang!
___________________________________________
Bekerja bawah bisnes orang, bila customer ramai, alhamdullilah bagi bos, tapi tak pada kid sebab kid yang penat.. Dia rilek je. Kid pun bukan dapat bonus. 10 sen terlepas pun berkira. Apa sangatlah 10 sen tu berbanding beratus-ratus kau dapat 1 hari? Bapak tamak kau ni.. Dalam islam, 9/10 rezeki datang dari perniagaan, tapi bila kid fikir-fikir balik, mungkin ke ni punca sesiapa yang berbisnes jadi tamak? Diaorang salah faham rasanya pesan Rasul kita.
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan