Kemalut kemolot politik bekerja

on 03 Mac 2011

Bila dah bekerjaya ni (ceh!) macam-macam pengalaman dapat. Actually aku bukanlah jadi pekerja rasmi, praktikal je tapi dapatla merasa suasana bekerja tu..

Suasana bekerja ni pun tak lari politik-politik yang membantutkan kerja kalau kita layan.  Dan sekaligus menunjukkan mereka yang berumur pun masih bermentaliti macam budak-budak. Memang hampeh..

Jadi aku nak terangkan sedikit kemalut kemolot politik bekerja yang selalu jadi. Bagi yang belum pernah rasa suasana bekerja tu, aku cadang korang get ready kalau taknak ada masalah bekerja nanti.

                                                          


++++++++++++++++++

Kondisi pc


Hangin bai kalau dapat pc macam dalam gambar tu. Contohnya spec :  processor dual core tapi ram 512, hardisk 80GB. Kejadah? Nak bukak apa-apa software confirm lembap.. Ni kalau pereka grafik guna, duedate kerja 1 hari  mesti bertangguh ke 2, 3 hari. Agak menyusahkanlah.. 

Cadangan aku, korang bawak je lappy sendiri. Tak pun slow talk dengan bos atau  kalau hati kering, sound je. Member aku pernah buat. "U buat bisnes, kasi buat betul-betul maa!"  Esok tu terus bos dia tukar pc-pc yang bermasalah.

                                                                  


++++++++++++++++++



Kaki mengomel sampai kerja tak siap





                                                 


Berborak, bergosip, mengumpat at the end kerja terbengkalai. Bukan perempuan je, lelaki pun sama. Kalau korang perasan, jenis pekerja macam ni bila kerja dia tak siap dia pass kerja tu kat pekerja lain. Rasa nak bagi je makan tapak kasut kat golongan macam ni...

Tak salah pun sebenarnya. Dosa dah berbakul-bakul apa salahnya tambah lagi 1 bakul kan? Tapi make sure kerja tu siaplah jadi takdalah menyusahkan pekerja lain.

                                                                 


++++++++++++++++++


Kaki kondem/kritik

Benda ni dah dididik dari realiti lagi jadi tu pasal ada yang terbawak-bawak ke alam maya. Contohnya blog. Heh.. Perkara normal. Tapi bagi kritikan yang menjatuhkan.

Dari pemerhatian, yang jadi kaki kondem ni bos atau pekerja senior.. Yang penting, kita kena tegas jugak dengan diaorang ni.. Sekadar nak ingatkan diaorang jangan over. Kalau tak moral kita down dan takda semangat nak bekerja. 

                                                              


++++++++++++++++++


Apa-apa pun bila dah bekerjaya ni, maknanya kita dah ada TANGGUNGJAWAP. Bukan tanggungjawap macam masa jadi student ke apa ke ye. Tanggungjawap ni dah melibatkan duit mereka yang sanggup melabur di bisnes syarikat kita. So pandai-pandai bagi masa blogging, hati-hati dan beri komitmen secukupnya.






Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...