Segmen Ben Ashaari : Di sebalik tabir blog

on 03 March 2011


                                                              +++++++++++++++++++



Ceritakan latar belakang anda secara ringkas... 

Nama : Muhammad akid bin azami @ panggil akid je.
Hobi  : Gitar, muzik, termenung, lepak mapley, pandang dinding, menganalisis perangai manusia, blog blog dan blog


Jumlah follower sekarang ni..
- 608 je ='(

Soalan dari Ben :

Jika anda tak punya blog , apakah yang akan anda lakukan di dunia maya ini ?
 -Membazirkan masa mengadap facebook dan youtube, bermesrakan diri di forum-forum, download movie sampai lebam.


Ceritakan kepentingan blog kepada anda 
-Blog tempat aku menyuarakan pendapat yang tak dapat aku suarakan kat alam realiti. Selain berkongsi dengan pembaca apa yang aku rasa dan ada (ilmu, pendapat, sesuatu yang kelakar), apa yang aku hadapi dalam kehidupan yang penuh dengan tipu daya ni. Aku seboleh mungkin cuba dahulukan apa yang pembaca nak lepas tu baru pasal aku. Last sekali, $$$.

Blog feveret yang wajib singgah hari hari .. Kenapa dan mengapa ?

- Blog realiti konspirasi : Tiap-tiap hari aku singgah blog ni. Blog ni memang best.. Walaupun entri panjang tapi tak membosankan. Tak perlu tulis tips-tips blog ke hapa ke. Cerita pasal diri sendiri je tapi berjaya. Pendapat aku, penulis blog ni memang genius ah bab menulis ni. Sentiasa menarik, kelakar dan kreatif. Lagi 1 sebab aku nak kaji cara penyampaian dia..


-Blog abang six pack, Ben ashaari : Entri yang senang nak hadam. Aku rasa tu kelebihan entri blog ben ashaari.. Entri yang santai, pendek tapi berinfo. Best untuk dibaca dan sangat pemurahlah tuan punya blog. Tak kedekut berkongsi trafik. Lagi 1 pasal tips-tips blog. Banyak menyedarkan aku pasal kesilapan yang aku buat dalam blog. Lately ni banyak yang aku belajar dari blog ni.  Tiru gaya awek blogger paling tak boleh blah.. Berdekah-dekah aku gelak.


-Blog ariffshah : Ni lagi 1 blog yang selalu aku singgah tiap-tiap hari. Entri dia kebanyakkannya menarik dan tak pernah kita fikir. Idea entri yang segar dan tak klise dengan mana-mana blog. Bila baca penulisan dia, aku rasa bersemangat jinggo.. dan buatkan aku rasa 'jangan cepat berpuas hati dengan blog sendiri' .
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...