Sila kentut dengan penuh mesra, berhemah, cepat dan betul

on 16 Disember 2010

Awal pagi beberapa hari lepas, sebelum masuk kerja kid lepak dulu kat perhentian bas. Masuk kerja pukul 8 tapi kebiasaannya sampai setengah jam awal. Kid takkan buat kerja amal : masuk kerja awal dan buat kerja sebelum sampai waktunya sebab perkerjaan ni terlalu hampas untuk menerima kerja amal. So kid lepak dulu bertemankan rokok sebatang dua.

Tengah syok layan blues, tiba-tiba je seorang pakcik sebelah kid kentut dengan selambanya.. " Prooott.. " Tanpa rasa bersalah, tanpa rasa malu. Tanpa memikirkan yang ada seorang lagi manusia sebelah dia ni. Dan diakhiri dengan mimik muka yang lega seolah-olah baru je lepas melepas. Dalam hati kid, " What the f**k?? " Terus hilang angan-angan dating dengan lisa suriani sebabkan bunyi tu dan bau yang menusuk hidung.

Mana perginya sensitiviti tu ya? Mentaliliti hampas orang sekarang : Ego, taknak terima teguran.. Lagi-lagi la kalau orang yang lebih tua nak terima teguran orang yang lebih muda? Jangan harap lah. Lagi 1, pernah jugak tengah-tengah makan kat mamak, tiba-tiba je dengar bunyi " proott..." . Slow, perlahan je bunyinya. Bunyi kentut nak cute je. Tapi kalau dah nama pun kentut, takda orang suka dengar lah biarpun cute bunyi tu kan? Nasib baiklah kid tak muntah balik makanan yang dah masuk dalam badan. Kalau tak rugi je bayar.
                                       __________________________________________



Mengikut artikel berita harian, kentut tu proses penting untuk kesihatan. Kalau kita tak pernah kentut, mungkin kita ada problem dengan kesihatan kita. Tapi takkanlah main ikut sedap je lepaskan gas tu kan?

So sini kid cadangkan 4 cara kentut dengan penuh sopan, berhemah dan betul. Supaya orang tak geli, menyampah, dan cop kita ni pengotor. Kalau kita kisahlah pandangan orang pasal sikap dan imej kita.

4 cara kentut dengan penuh sopan, berhemah dan betul :
  • Tengok dulu keadaan sekeliling : Perhatikan dulu keadaan sekeliling. Ada orang tak? Kalau ada, cari satu tempat, dan lepaskan gas tu sepuas-puasnya bagai takda hari esok lagi dah. Ni kentut kat sebelah orang. Agak-agak orang akan cakap " Wau u kentutlah.. i like " ke? Kepala otak dia berjambul..
  • Tahan dulu : Siapa kata kentut tu tak boleh ditahan? Agak-agak kalau tak jumpa tempat yang sesuai, tahan dulu. Jangan main bantai lepas je. Bayangkan kita dalam bas, penuh dengan orang, tiba-tiba korang terdengar ' proot...' diselangi bau yang cukup menusuk kalbu, korang boleh tahan tak? Silap-silap boleh pengsan semua dalam bas tu.
  • Mintak maaf : Agak-agak kalau dah tak boleh tahan atau tak sengaja terlepas gas tu, mintaklah maaf kat orang sekeliling.. Bukan susah pun. Ni common sense. Takda orang yang suka dengar bunyi kentut, takda orang yang suka bau kentut. Kentut bukan perfume. Bunyi kentut bukanlah melodi lagu. Jadi mintak maaf lah daripada buat muka lega, sengih macam kerang busuk yang sekaligus buat orang menyampah dengan kita.
                                                   _______________________________



Bayangkanlah kalau 1 hari tu korang terserempak dengan lelaki/gadis hensem/cun, tengah-tengah nak approach tu, tiba-tiba " proot..." . Aiseyh man.. Korang jadi tak nak usha lelaki/gadis tu? Ada rupa, tapi kalau ikut sedap je kentut, korang suka? Jatuh habis imej hensem/cun tu.

Kid kentut, korang pun kentut. Manusia memang takkan lari dari melepaskan gas kentut ni. Tapi tolonglah fikirkan keadaan orang lain di sekeliling sebelum lepaskan gas tu. Tak susah mana pun. Cuma perlu common sense je.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...