Fasha sanda pernah cakap kat kid : Hidup ni adalah memberi dan menerima, saling berkaitan. So dari sini korang ada tak terfikir macam mana nak balas balik jasa baik reader blog korang? ( Selain dari balas jejak, balas komen reader? )
Jawapannya : Gunalah Commentluv!
Kegunaan Commentluv ni, bila reader komen entri korang, tajuk latest entri reader akan terpampang di ruang komen korang. Secara tak langsung kita menggalakkan reader komen entri kita. Lagi 1, korang dah bagi backlink, promosi latest entri reader sebagai hadiah kepada reader yang komen entri korang. Selain tu, backlink boleh bantu kita dapat pagerank yang bagus. Tapi kid taknak berceloteh pasal pagerank sebab kid masih lagi tak layak. Insyallah 1 hari nanti?
Ada reader yang gemar baca bahagian komen-komen. Sila jangan pandang remeh hal ni. Ianya adalah fakta, salah 1 cara untuk dapatkan trafik. Kalau tajuk entri si tukang komen tu menarik, confirm reader yang baca komen-komen entri korang tu akan terjah pulak entri si tukang komen tu.
1 cara yang terbukti berkesan ialah korang buat post dengan tajuk yang menarik/kontroversi sedikit ke dan komen entri blog yang ada pasang CommentLuv ni. Yang penting blog tu mesti banyak trafik.
Cara install commenluv pada blog korang
1. Sign up di http://intensedebate.com/signup
2. Log in dan add url blog korang.
3. Pergi ke sites >> blog korang. Lepas tu cari bahagian moderation, klik Plugins. Ada berlambak plugin yang korang boleh tengok kat situ. Paling penting kat sini korang activate commentluv. Boleh jugak activate facebook share button kalau korang nak.
4. Dah activate plugin yang patut, cari bahagian Tools >> Reinstall.
5. Select installation type >> pilih template. Abaikan mesej kat situ sebab tak susah pun sebenarnya install kat template. Download template blog korang ( save di 1 tempat kalau-kalau something tak best jadi ) , upload template korang dan continue.
6. Klik design >> Edit Html. Copy code intense debate, select semua coding di template korang dengan Ctrl + A, dan right klik di bahagian edit template >> pilih paste >> save template.
Ada dua keburukkan CommentLuv ni. Keburukkan pertama, kalau step 5 tadi korang set display intense debate ke 'on all blog post' , semua komen-komen lama pada entri akan hilang. Mestilah kita sayang punya kat komen-komen lama tu. Kalau blogger baru, sesuailah guna setting ni. Keburukkan kedua, kalau korang set display intense debate pada 'all new post' , akan ada dua tempat komen pada entri korang. Satu intense debate, satu lagi blogger punya. Kalau reader komen pada tempat komen blogger, intense debate korang akan hilang pada entri tersebut.
Tapi kid rasa tak jadi masalah sangatlah. Just ingatkan reader korang untuk komen di bahagian intense debate. Bagi yang menghargai walau satu reader sekalipun, sila komen entri-entri blog ni pada intense debate ya. So kid boleh terjah balik entri-entri menarik korang.
Jom ramai-ramai guna CommentLuv!
__________________________________________
Nota : Penggunaan Commentluv sama sekali tidak akan memberatkan loading blog korang. Kebiasaannya blog lambat loading sebab connection slow dan penggunaan widget yang melampau.
Update : Kid dah jumpa cara untuk elakkan komen dari Commentluv hilang. Pergi ke blogger.com korang, klik setting >> Comments.
Update : Huh habis hilang komen kat CommentLuv untuk entri ni.. New post : Cirit or die!!
{ 13 ulasan... read them below or add one }
kim salam kat Fasha. Huaaaa =,="
Berguna.
23 November, 2010
waduh.. ni sah jenis baca entri tak habis.. sudah cakap kat entri jangan guna comment form ni..habis semua komen kat commentluv hilang +.+
23 November, 2010
boleh laa lepas ni nak try letak.. kena study betul2 dulu cara2 dier..
23 November, 2010
tak perlu study pun elly. senang je :D apa-apa elly boleh tanya kat sini k :)
23 November, 2010
saya dah pasang hehe best jew
24 November, 2010
boleh tumpang tanya?
kenapa lepas buat benda ni,
link POST A COMMENT tu hilang eh?
O_0
30 November, 2010
@dylli
dylli, link post a comment yang mana? blogger punya ke? Kalau iya, erm tak tahu lah pulak. masa 1st kid install benda alah tu, link post a comment tu tak hilang, tapi bila ada orang komen kat blogger punya comment form, Comment luv pulak hilang. macam entri ni..huhu..
30 November, 2010
oh.
itulah masalahnya sekarang ni.
tak tau pulak macam mana nak adakan balik link tu. pening oh.
03 Disember, 2010
dude.. aku da try letak.. blh tlg tgk jadi ke x tak?
ni blog aku..
http://red-kamikaze.blogspot.com
btw, nice la entry nie.. lame dah aku cari mende nie..
08 Februari, 2011
so bagus ke tak kalau pakai commentluv ni? huhu
18 Februari, 2011
when using it on blog, the backlink count as valuable or just a link farm becoz G dont like link farm...
10 Julai, 2011
I rarly comment on blogs but I really like yours.Its hard to find good bloggers these days … everyone seems to be doing it for the money
18 Januari, 2012
@anonymous - thanks dude. but i'm not a good blogger.. ='(
lately i rarely update my blog because of work.. 12 hour of work time really makes me sick. damn..
btw, can u tell me - who are you?
20 Januari, 2012
Catat Ulasan