Gadis-gadis perlu tahu kriteria yang lelaki nak

on 25 November 2010

Bukan gadis-gadis je yang cerewet. Lelaki pun cerewet. Cerewet bukan pasal nak teman hidup yang 100% perfect dari semua aspek. Bukan bukan. Gadis-gadis jangan salah sangka. Lelaki ni cerewet sebab nak tengok layak ke tak bakal teman hidup dia terima kasih sayang yang tak berbelah bahagi dari dia nanti.

Disebabkan hal ni, lelaki ni memang akan pandang kriteria-kriteria yang dia rasa patut ada pada diri seorang gadis. Kalau salah 1 kriteria yang dia rasa gadis tu takda, memang percentage kasih sayang dia nak bagi tu menurun ar. Sebab dah ragu-ragu.

Kalau nak tengok dari pandangan lelaki, kid listkan point-point yang lelaki cari pada gadis-gadis :
  • Rupa : Ni sebab utama ke? Kalau bagi kid, secara jujur kid taklah memandang rupa tapi asal sedap mata memandang cukuplah. Tapi tak dinafikan ada lelaki terlalu kisah sangat aspek ni. Yang penting korang tahulah buat apa-apa yang patut. Muka pucat lesi kalau pandai makeup pun boleh jadi bidadari. Usaha sedikit, berlambak tutorial makeup ni. Tanya je pakcik google yang sedia berkhidmat tu.
  • Pandai masak : Kid sure majoriti lelaki memang nak bakal teman hidup yang tahu masak. Tahu masak yang buat gadis ni mahal sebenarnya. Ada yang kata gadis tahu masak ni seksi. Hehe. Memang sesuatu yang best bagi lelaki makan masakan bakal teman hidup. Dah kahwin nanti, takkan nak bertenggek lagi kat kedai makan macam zaman bujang kan? Lagipun dah berumah tangga kos hidup makin tinggi. Jadi kenalah berjimat. Lelaki takkan teragak-agak untuk cari gadis lain kalau bakal teman hidup dia tak tahu masak. Serius.
  • Yang tak overweight : Sorry kalau ada gadis terasa. Tak mahu cakap lebih-lebih bab ni. Jadi korang pergilah dapatkan nasihat doktor tentang pemakanan, jaga pemakanan korang dan amalkan exercise tiap-tiap hari.
  • Tak merokok : Ada yang tak kisah kalau gadis merokok, ada yang kisah. Yang tak kisah tu tolak ketepi. Kita cerita yang kisah ni. Jawapan tipikal yang mesti keluar mestilah ' Untuk apa perempuan merokok?' Lelaki yang kisah ni, sebenarnya suka bau-bau yang menyenangkan. Lelaki jenis ni cuma rasa gadis-gadis sepatutnya jadi tempat yang menyenangkan, bukan memeningkan. Lagipun perempuan merokok memang bahaya. Yang paling utama, risiko untuk mandul tinggi. Sebab merokok ni yang buat sesetengah lelaki turn off pada si gadis walau cantik macam mana sekalipun. Bazir duit pun satu hal.
  • Tahu tahap kewangan : Tahu berjimat. Lelaki memang cari kriteria ni. Takda lelaki yang suka gadis yang suka berboros walaupun korang tak guna duit lelaki tu. Ini fakta. Sebab dari sini dah boleh bagi persepsi negatif andai kata gadis macam ni bakal jadi teman hidup dia. Faham-faham je la. Lagi 1, supaya bila dah kahwin nanti, bakal teman hidup bolehlah bagi advice sedikit kalau-kalau berlaku krisis duit. Nak beli apa-apa yang mahal pun boleh bawak bincang sama-sama.

                                    ________________________________________


5 point ni dah cukup rasanya selain dari kriteria-kriteria yang korang dah sedia maklum. Rasanya korang (lelaki) mesti ada kriteria lain yang korang cari pada seseorang gadis. Marilah berkongsi ya. Sharing is kari ying~


Nota : CommentLuv ada kat bawah ni. Korang komen sini confirm kid akan terjah balik latest entri korang. Tak rugi punya berkomen-komen kat sini. Hehe.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...