Tapi pendapat kid, kid rasa kita tak boleh pandang dari segi online je lah.. Sebabnya kalau kita pandang dari 1 aspek je, bermakna kita sebenarnya terhadkan cara promosi blog kita sedangkan, ada berpuluh-puluh atau mungkin beratus cara untuk promosi. Korang tak rasa rugi ke? Apa kata kalau tengok pulak dari segi offline. Korang pernah terfikir tak pasal ni?
Promosi offline bermakna kita promosi blog kita dalam alam realiti. Banyak cara untuk promosi blog cara offline ni. Sini kid listkan 5 cara.
5 teknik promosi blog cara offline
- Melalui perbualan : Ni cara paling senang. Bila lepak dengan member-member tu, korang carilah peluang untuk selit pasal blog korang.. Belanja diaorang makan/minum ke, pastu pandai-pandailah susun ayat cantik, seolah-olah korang nak tackle gadis/korang nak bodek pakwa korang..Kalau dah hari-hari korang asyik menyelit pasal blog korang, mesti member-member korang akan fikir " Best sangat ke blog dia ni? " Kalau rasa nak tahu tu menggunung, confirm diaorang akan terjah blog korang, walaupun diaorang takda blog. Kawan pun bukan 1 je kan?
- Nota pendek : Guna microsof word, taip nama blog korang dengan penerangan yang cantik/kreatif/kontroversi sedikit pasal blog korang. Lepas tu print, fotostat dan tampal kat area town korang atau mana-mana tempat yang korang rasa boleh tempelkan kertas iklan tu. Banyak tempat boleh tampal, cuba korang fikirkan. Cara ni mungkin leceh tapi berbaloi. Nak lagi best jangan guna microsoft word. Guna adobe illustrator atau apa-apa software design yang bagus, design cantik-cantik, print color.
- Guna pengaruh : Kalau korang seorang yang berpengaruh, maknanya kalau korang ni famous/hensem/cantik ke, atau ramai kenal korang ke. Jadi gunakan peluang ni untuk promosi blog korang. Korang buat entri ' Berapa kali aku korek hidung dalam 1 hari ' pun mesti ramai nak baca.
- Berlakon : Dressed-up macam samseng, lepas tu tahan sekumpulan orang awam. Buat-buatlah macam korang ugut nak duit dia tapi korang ugut dia suruh terjah blog korang - untuk yang berani SAHAJA.
- Luar pemikiran : Yang ni pelik sedikit tapi memang berkesan sebab kid dah mencubanya! Bila korang online kat cyber cafe, korang set blog korang as homepage. Kalau dia ada 4 web browser, korang set semua. Kalau boleh dapat set dalam 6 pc dah cukup cun. Lepas tu cari pula cyber cafe yang lain. Dalam 1 hari, berapa orang pergi cyber cafe? Korang fikirkan. Hehe.
__________________________________________
Kalau korang ada lagi cara yang best, marilah berkongsi sini. Jangan kedekut-kedekut. Tak baik. Bukan bawak ke kubur pun.. Jadi elok sangatlah dikongsikan.
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan