Korang dah kering idea? 24 jam perah otak cari idea untuk entri baru tapi masih tak dapat-dapat jugak. Akhirnya terus hilang mood nak blogging. Ada yang sibuk bekerja, dari pagi sampai ke petang. Bila tiba nak update blog, cuma tinggal beberapa jam je lagi sebelum tidur. Badan penat, mata dah berat. Blogwalking macam mana pulak? Arghh memang tensyen.. Faktor masa dan komitmen memang jadi halangan besar.
Ada yang ideanya tak putus-putus, jadi 1 hari sampai 10 post dibuatnya. Cuma bukan semua orang jenis macam ni. Ada yang ambil masa yang lama untuk hasilkan satu-satu post tu. Proses paling banyak makan masa : idea.
Jadi untuk memudahkan kita semua, kid nak kongsi dengan korang : 5 idea penulisan untuk blog korang. Agak-agak dah benak kepala berfikir, dah buntu, bolehlah jadikan entri ni tempat rujukan untuk hasilkan entri baru korang. So tanpa berleter panjang lagi ( korang tak suka, kid tahu ), inilah dia :
5 idea penulisan untuk blog :
Cadangkan : Mungkin ramai dah tahu entri jenis macam ni. Yang best dengan idea ni, entri korang takkan nampak lapuk, ketinggalan zaman selagi apa yang korang kongsikan tu menarik. Idea ni memang sesuai bila korang memang betul-betul takda idea langsung untuk entri baru korang. So sebagai ganti, korang cadangkan info/fakta/ apa-apa je yang menarik untuk reader blog korang. Contohnya macam ' 5 blog tercantik malaysia ' , ' 5 video lawak simpanan aku ' . Ceritakan sekali kenapa list-list macam ni menarik bagi korang, jangan lupa sediakan link sekali kalau perlu. Supaya memudahkan reader untuk terjah web/blog tu. Kalau pandai main ayat, memang cantik entri korang tu dengan idea ni.
Kegagalan : Balik-balik cerita pasal kejayaan je. ' Wah hari ni earning nuff aku dah bertambah 50 sen! '. Cuba korang twist sedikit. Apa kata kalau korang ceritakan kegagalan yang korang hadapi sebelum berjaya capai sesuatu tu. Reader pun nak tahu masalah yang korang hadapi sebelum korang berjaya. Lagi molek kalau korang ceritakan sekali macam mana korang atasi masalah tu. Sekaligus buatkan entri korang nampak cun dan silap-silap, korang bagi inspirasi pada reader blog korang. Mana tahu dari sini tiba-tiba korang dapat loyal reader!
Nasihat/teladan : Ok kid rasa semua orang berhak mengatakan itu tak patut, ini tak patut. Tapi takda orang yang suka 'ceramah' free. Jadi dari kita buat entri menghentam orang ( apa pun tak dapat, dosa adalah ), kita ceritakan apa yang buat kita tak puas hati tu ( tanpa merujuk seseorang tu ) dan korang sediakan pengajaran sekali. Tapi biarlah meluas pengajaran tu kalau taknak entri jenis ni dicop just another personal entri. Nasihat atau pandangan orang dulu-dulu pun menarik untuk dijadikan idea. Blog realiti konspirasi ada guna idea macam ni. Memang menarik.
Imbas balik : Idea ni best. Mesti korang ada banyak pengalaman menarik kan? Cuba imbas balik. Korang boleh jadikan sebagai entri korang. Macam pengalaman bercuti kat luar negara ke, awek cun terkentut depan korang ke, Lisa suriani kata korang hensem ke..Yang penting sila nyatakan kenapa dan olah penulisan korang supaya pengalaman-pengalaman korang ni menarik untuk dikongsikan. Lagi best kalau korang ada gambar sendiri untuk idea ni.
Mereka-reka : Sesiapa yang kaki buat cerita, mesti suka idea macam ni. Korang ada banyak idea kreatif, kenapa tak jadikan sebuah entri? Kalau susah bagi korang, cuba dari satu isu tu, korang olahkan jadi menarik. Hasil dari idea ni memang banyak. Entri jenis ni boleh buatkan reader happy/lawak/seram atau sedih.. So korang boleh sumbatkan segala emosi dalam entri jenis ni. Cuma jangan terlalu mengarut dahlah. Contoh idea macam ni, korang boleh tengok kat blog http://tubelawak.blogspot.com/ dengan entri istilah baru : aku terkentut-kentut dalam kehidupan seharian, Lagi 1, entri ni : terserempak dengan avril lavigne kat kedai mamak.
So itulah dia, 5 idea penulisan untuk blog korang. Selamat mencuba ya. Cuma kid nak ingatkan, korang kenalah jugak berusaha sedikit perah otak untuk kembangkan 5 idea kat sini. Entri ni sekadar bagi hint kat korang, yang penat fikir nak post pasal apa. Kena dengan isi yang cantik, ada pengisian, pandai main ayat, memang ramai yang akan suka baca.
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan