Tambah-tambah lagi kalau dapat hadiah dari yang tersayang. Fuh bahagianya rasa macam dunia ni kita yang punya walhal kita ni cuma menumpang ciptaan yang Esa je. Kebiasaannya, coklat, perfume jadi penyeri si penerima. Cuma yang jadi persoalan di fikiran sekarang ni kan, kenapa benda-benda macam ni yang jadi hadiah? Untuk menyatakan betapa dalamnya cinta tu ke? Atau sebagai metafora? Hyperbola? Jauh sekali. Memang pelik..
Sebelum tu kid nak nyatakan ni bukan rekaan. Semua ni dari apa yang jadi kat sekitar kid. So sini kid listkan 5 hadiah pelik untuk kekasih untuk tatapan korang.
5 hadiah pelik untuk kekasih :
- Monorack : Monorack ni tempat letak helmet, bentuk macam kotak yang biasa kita nampak kat motor tu. Siap tampal sticker 'love' lagi. Kiranya helmet senang lah nak simpan bila dating nanti. Tak perlu nak bawa ke hulu ke hilir.. Mungkin nak menunjukkan keperihatinan kot? I sayang you lebih la..
- Video geli mat : Kid sangat-sangat tak mengerti kenapa video macam ni dijadikan hadiah.. Adakah kekasihnya warganegara india? Atau rakyat malaysia yang kaki filem tamil? Wow bukan nak racist ya. Cuma teramatlah pelik sehingga menimbulkan pertanyaan yang tak henti-henti dalam fikiran ni. Apakah simboliknya video ni dengan percintaan diaorang? Tarian-tarian dalam video tu menyemarakkan lagi perasaan cinta tu ke? Arghh.. cukup misteri, memang misteri.. Girlfriend dia siap cakap lagi kat boyfriend dia : ' Thanks yang, i suka la.. Malam ni kita main geli-geli eh? ' Geli mat! Kepada yang tak tahu pasal video ni, sila terjah link yang kid bagi tu. Siap subtittle malay lagi. Tonton dan fikirkan kenapa.
- Penyembur febreeze : Kenapa kenapa dan kenapa. Kenapa penyembur febreeze ni dijadikan hadiah? Adakah sebab baunya tu bila disembur akan menimbulkan suasana romantik bila kekasih menjengah ke rumah nanti? Aduh better guna perfume yang melekat kat dinding tu..Lagi la mudah, mesra, cepat dan betul.. Ish makin peliklah, tak faham aku!
- Seluar dalam : Kid tepuk dahi 14 kali bila tahu ada yang hadiahkan seluar dalam..Kenapa semakin pelik ni? Aiyo.. Bila tanya kenapa, jawapan yang kid terima ialah untuk hidu sebelum nak tidur. Motif? Untuk lepaskan rindu! Hish! Kalau beli baru takpa lah jugak, atleast ada bau kedai lagi. Tapi korang dapat bayangkan tak kalau underwear tu tak basuh punya? Oh my god..
- Berus gigi : Mungkin ni salah 1 lagi cara untuk tunjukkan keperihatinan si pemberi kepada penerima. Tengah syok-syok berborak, gelak sakan tiba-tiba ternampak pulak gigi kuning bak kulit langsat, lada sambal melekat kat gigi. Kalau nak cakap gigi tak bersih nanti terasa pulak. So langkah yang paling efektif, hadiahkan terus berus gigi. Hm ni kira oklah tapi tetap kid masukkan dalam list '5 hadiah pelik untuk kekasih ' .. Tak pernah dengar lagi sebelum ni hadiahkan berus gigi. Huhuhu.
So tu lah dia list 5 hadiah pelik untuk kekasih. Ni baru je kat tempat kid dah pelik macam ni.. Agak-agak sekitar korang macam mana? Kalau ada marilah berkongsi-kongsi kat sini.. Marilah kita rasa pelik beramai-ramai. Hehe..
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan