Fikir sejenak

on 03 Disember 2010

Buat sesuatu yang kita minat memang 1 nikmat. Kid ambil contoh mudah : blog. Blogging blogging blogging.. Kita tak pernah tinggalkan walaupun 1 hari. Memang best dan mengasyikkan. Kena pula blog kita makin hari, makin ramai pembaca. Feedback pun makin bertambah. Hampir 24 jam la kita fikir pasal blog je. Kita jadi addict! Jadi dari sini, kita ada tak terfikir pasal komitmen lain?

Kemungkinan besar jawapannya : Tak. Kalau kita fikir pun, mungkin kita tak laksanakan dengan bersungguh-sungguh. Badan kat tempat kerja, fikiran melayang-layang, fikir pasal blog. Kalau tak jadi masalah takpalah. Tapi kalau dah sampai asyik buat silap je hari-hari masa kerja, bahaya. Lecturer mengajar kat depan, kita pandang tapi dalam fikiran : ' Macam mana agaknya keadaan blog aku sekarang ni?' ' Trafik jatuh ke turun hari ni? ' ' Hari ni nak post pasal apa ye? ' . Akhirnya bila lecturer tanya balik apa dia ajar, kita terkebil-kebil..

Ada tak terfikir kemungkinan kita dah abaikan orang-orang yang sayang kita, ambil berat pasal kita? Blogging, blogging jugak tapi sampai terabai keluarga, kawan-kawan, parah.. Bila kita tak spent time dengan parents kita, parents kita marah, takpun buat muka tensyen. Hati orang tua sensitif sedikit, faham-faham je lah. Kawan-kawan pulak merajuk sebab ketagihan kita tu. Bila diaorang ajak lepak, kita bagi alasan sibuk je tak habis-habis.

Beri 1 ruang untuk diri sendiri. Fikir-fikirkan tentang keadaan dan mereka-mereka yang ada kat sekeliling kita. Buat sesuatu yang kita minat memang best tapi kena jugak fikir keadaan sekeliling. Actually bukan lah pasal blog je. Apa-apa je lagi yang kita minat. Kenalah pandai bahagi-bahagikan masa. Tak rugi pun kalau tak menghadap 24 jam minat tu.


*Nota : Ada sesiapa yang hilang semangat nak blogging? Terjah entri ni : Tips untuk kembalikan feel blogging
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...